TM Dan Huawei Bekerjasama Sediakan Perkhidmatan Jalur Lebar Yang Lebih Baik

Sejajar dengan kemajuan dan gaya hidup digital di Malaysia, dua buah syarikat teknologi telah bersetuju untuk bekerjasama menyediakan jalur lebar yang lebih baik untuk pengguna tempatan.

Syarikat yang dimaksudkan adalah Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Huawei Technologies (M) Sdn Bhd (Huawei) yang mana majlis menandatangangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah berlangsung hari ini.

Dengan kerjasama tersebut, kedua-dua syarikat boleh berkongsi kepakaran serta kemampuan masing-masing untuk meluaskan lagi capaian jalur lebar fiber.

TM dan Huawei juga akan memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan gaya hidup digital dan Internet Kebendaan (IoT) dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Sebagai rakan yang diyakini dalam inisiatif utama pembangunan negara, TM memastikan ketersediaan serta keselamatan infratsruktur strategik dan penting negara, selain memacu capaian jalur lebar kepada semua rakyat Malaysia.

"Kami percaya kerjasama strategik seperti MoU ini menjadi satu lagi bukti kepada peranan TM sebagai pemacu utama infrastruktur komunikasi negara," ujar Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly.

Sumber: Berita Harian