TM Bakal Tamatkan Rangkaian P1 WiMAX, Mahu Fokus Kepada Unifi Mobile

Bermacam-macam perubahan serta penambahan dilakukan TM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Dua hari lepas kita telah melihat tentang kemunculan pelan prabayar baru, disebut sebagai pengganti pelan tanpa had yang dihentikan pendaftaran pelanggan baru pada 13 Januari.

Sebelumnya, rangkaian Webe dijenamakan semula dibawah nama Unifi Mobile dan berdasarkan perkhabaran terbaru, perkhidmatan P1 WiMAX bakal dihentikan bagi memberi ruang naik taraf rangkain LTE (Unifi Mobile) terbabit.

Satu emel pemberitahuan telah dihantar TM kepada pelanggan P1 WiMAX, dimana perkhidmatan itu akan ditamatkan tidak lama lagi dan dalam masa yang sama menyarankan pelanggan beralih kepada servis Unifi ataupun Broadband (dahulunya dikenali sebagai Streamyx).



Pada 2014, TM mula melabur didalam Packet One Networks (P1) dan kini pegangan syarikat sudah mencecah 72.9%. Sejurus selepas itu Packet One Networks Sdn Bhd dijenamakan semula sebagai Webe yang mengetengahkan rangkaian LTE, tetapi rangkaian WiMAX masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Sumber: Malaysian Wireless