TM Bakal Lancar Pelan Internet Baru - Unifi Lite

Semalam, syarikat telekomunikasi TM diberitakan bakal memperkenal satu pelan internet baru dikenali sebagai Unifi Lite.

Pelancaran pelan itu dijangka akan berlangsung pada bulan ini yang mana ia telah disahkan menerusi jawapan yang diberikan oleh kakitangan khidmat pelanggan TM.

17522549_1602516679778286_4302772307720766028_n (1)

 

Unifi Lite akan disediakan untuk pelanggan yang mendiami kawasan;

  1. HSBB (High Speed Broadband)

  2. SUBB (Sub Urban Broadband)


Walaupun ditawarkan pada dua kawasan yang berbeza platform rangkaian, objektif utama TM adalah untuk menyediakan satu pelan yang berupaya memberikan kelajuan muat turun sehingga 10Mbps serta kelajuan muat naik sebanyak 5Mbps.

Kapsyen: Modem ini dipercayai bakal digunakan pada pelan Unifi Lite


170407unifilite03 Kapsyen: Modem ini dipercayai bakal digunakan pada pelan Unifi Lite


Dilihat pada gambar yang tertiris ini, perkhidmatan telefon tidak tersenarai dalam pelan Unifi Lite tetapi pengguna masih boleh memasang set telefon lama dan akan dikenakan cas sebanyak 20 sen seminit.

Kapsyen: Informasi tentang pelan Unifi Lite


Maklumat tentang harga langganan masih belum diketahui, dan kita harus tunggu pengumuman rasmi dari TM.

Sumber: Lowyat.net, My Net Advisor