Titik(.) Pada Alamat Gmail Tidak Memberi Makna

Pernah tak anda hantar email melalui Gmail pada kenalan dengan alamat yang salah tetapi kenalan anda masih menerima email tersebut?

Seperti contoh alamat gmail kenalan anda adalah [email protected] tetapi anda mungkin terlepas pandang untuk meletakkan "." pada email tersebut ([email protected]).

Mungkin ada antara anda yang sudah mengetahui, pada yang belum tahu, titik dalam alamat gmail anda tidak membawakan perbezaan.

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan alamat gmail seperti;

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

..... email anda masih akan sampai ke peti masuk gmail kenalan anda.

Namun tidak semua username (domain) menggunakan prosedur yang sama seperti yang digunakan oleh Google untuk Gmail.

1. Titik "." tidak membawa perbezaan: Gmail, Facebook

2. Titik "." membawa perbezaan: Microsoft Outlook, Yahoo Mail, Apple iCloud

3. Titik"." tidak dibenarkan : Twitter

Jadi lepas ni, anda tidak perlu lagi risau jika huruf di hadapan alamat email kenalan anda adalah huruf besar atau huruf kecil kerana ianya tidak memberi sebarang perbezaan.

Namun anda harus ingat, anda masih perlu memasukkan nama kenalan anda dengan betul. Sekiranya anda meletakkan alamat seperti [email protected], email anda tidak akan sampai ke peti masuk kenalan anda.

 

Sumber