Titan V, Kad Grafik PC Paling Pantas Dari Nvidia Setakat Ini

Nvidia, pembuat kad grafik terkemuka bagi peminat PC telah mengumumkan kad grafik PC paling pantas, Titan V. Ia melambangkan peningkatan prestasi yang ketara dengan menggunakan seni bina Volta yang terbaru.

Kad grafik untuk pengguna PC itu dikhususkan untuk teknologi AI dan proses simulasi saintifik. Nvidia berkata prestasi dari 110 teraflops dari 21.1 bilion transistor dengan memori HGM2 12GB, 5120 teras CUDA dan 640 teras tensor dapat memberi 9 kali lebih prestasi untuk prestasi 'deep-learning' dari kad grafik yang terdahulu.

Kad grafik itu dijual dengan harga lebih RM 12,000. Sementara itu, tiada berita mengenai seni bina Volta yang terbaru akan digunakan untuk produk kad grafik khusus untuk permainan komputer. Setakat ini hanya kad grafik dengan seni bina Pascal yang digunakan dalam GTX 1080 Ti boleh didapati untuk pengguna.

Sumber