Tips Untuk Taip Komputer Lebih Pantas

Pasti ada dalam kalangan anda berasa hairan, bahkan cemburu apabila melihat seseorang mampu menaip dengan pantas tanpa perlu melihat kearah papan kekunci.

"Dah kerja menaip hari-hari mestilah boleh taip laju". Ok, tak dinafikan kerja seharian yang memerlukan anda menaip merupakan salah satu faktor penting, tetapi bagi yang jarang juga boleh menaip seperti itu.



Bagi anda yang masih terkial-kial dan masih menaip menggunakan jari telunjuk kiri dan kanan, mungkin boleh cuba tips-tips ini.

Betulkan postur ketika duduk menaip



  • Duduk tegak dan sentiasa pastikan belakang badan anda juga tegak. Disamping itu, cara ini boleh mengelakkan kesakitan akibat duduk terlalu lama.

  • Siku dibengkokkan dalam keadaan yang selesa.

  • Jarak selesa mata dan skrin adalah 45-70cm.


Letakkan jari pada posisi yang betul

  • Kedudukan jari ketika mahu mula menaip adalah seperti dibawah

  • Kedudukan ini dipanggil sebagai Home Row, kerana setiap kali anda menaip, jari akan kembali pada butang-butang tersebut.


Tekan butang mengikut jari yang sesuai



  • Seperti gambar dibawah, butang-butang pada kekunci diasingkan mengikut warna. Tekan butang mengikut jari yang ditetapkan.

  • Setiap kali selepas menaip, jari perlu kembali pada butang Home Row ya.


Pergerakan jari

  • Cuba taip tanpa pandang pada jari. Tidak perlu angkat jari terlalu tinggi, hanya leretkan saja jari pada papan kekunci.

  • Beri perhatian lebih kepada jari manis dan jari kelingking kerana kedua-duanya mungkin agak kekok untuk menaip.


Kelajuan menaip



  • Setiap perkara perlukan kesabaran, jadi jangan tergopoh-gapah ketika menaip.

  • Ambil masa supaya kesalahan ejaan dapat dielakkan.


Itulah serba sedikit tips yang boleh digunapakai jika anda mahu menaip dengan laju tanpa perlu melihat papan kekunci.

Lakukan latihan setiap hari supaya jari-jemari anda lebih selesa dan mampu "mengenal" kedudukan huruf.

Boleh kongsikan kepada keluarga, rakan mahupun teman sekerja yang menaip dikomputer persis warga emas walaupun umur sebenar masih 20'an.