Tips Untuk Menjaga Kamera DSLR Supaya Kekal Lama

Setiap pengguna kamera haruslah sentiasa menjaga kondusi kamera mereka supaya ianya tidak mudah rosak dan kekal lama. Berikut merupakan langkah yang perlu diambil oleh pengguna kamera DSLR.

1.Bersihkan badan kamera selepas menggunakannya



Pastikan anda menggunakan peralatan yang sesuai  seperti blower, lenspen dan sebagainya. Yang paling penting pastikan supaya kanta lensa anda tidak terkena debu, pasir dan air.

2. Tanggalkan bateri pada kamera selepas digunakan



Jika anda mahu kamera tahan lama, tanggalkan beteri sejurus digunakan untuk mengelakan pengaliran arus elektrik pada kamera yang akan menyebabkan kerosakan pada kamera tersebut.

3. Selalu menutup lensa dengan menggunakan cap lens



Menutup lensa dengan caps lens apabila kamera tidak digunakan adalah sangat penting. Ianya penting untuk mengelakkan debu dan air yang  masuk ke lensa, dan mencegah penapis kanta tercalar. Bila tercalar,  hasil gambar nampak buruk.

4. Gunakan filter UV bagi melindungi kanta daripada rosak



Filter digunakan untuk melindungi kanta daripada sinaran UV yang akan menjejaskan kanta lensa anda dalam keadaan panas terik.

5. Gunakan Lens Hood



Lens hood  merupakan alat untuk menghalang cahaya berlebihan masuk ke sensor kamera. Kemasukkan cahaya berlebihan akan memberi kesan jangka masa panjang kepada kamera anda.

Jadi, Kalau anda sayangkan kamera anda ikutilah tips-tips penjagaan kamera yang diberikan.