Tips Untuk Elak Dari Terjumpa Spoiler Filem Atau Siri TV Kegemaran

Spoiler, perkara yang paling dibenci oleh sebahagian peminat filem atau siri TV. Apa tidaknya, menunggu bertahun-tahun dan belum pun sempat untuk menonton, media sosial atau internet sudah menghidangkan rancangan kegemaran mereka. Pasti keterujaan untuk menonton itu menurun dan tidak seghairah sebelumnya. Tapi apakan daya, anda melayari platform yang bebas untuk berkongsi apa sahaja dan ia berbalik kepada anda bagaimana untuk mengelak dari bertembung dengan spoiler filem atau siri kegemaran anda.

Bagi anda yang sedang mencari cara untuk menghindarkan diri dari spoiler, boleh ikuti beberapa tips dibawah.

Kepada pengguna yang menggunakan Google Chrome sebagai pelayar default, anda boleh menggunakan extension Spoiler Blocker, sama ada Spoiler Protection 2.0 atau Unspoiler. Malangnya pada Google Chrome di peranti mudah alih tiada sokongan extension ini.

Sementara itu, Firefox Mozilla pula mempunyai sokongan pada kedua-dua sistem operasi, iaitu Android dan iOS. Pelayar Firefox Mozilla ini adalah alternatif kepada pelayar Google Chrome yang mempunyai sokongan extension.



Anda hanya perlu memuat turun aplikasi dari Play Store atau Appstore, kemudian menu tiga titik > Add-ons > Browse all Firefox Add-ons, seterusnya taip di ruang carian Spoiler Protection 2.0, klik Add to Firefox > Add. Pada menu tiga titik, anda akan jumpa Spoiler Protection 2.0 di bahagian bawah, anda boleh klik dan tetapkan kata kunci tentang spoiler  yang anda mahu elakkan.

Atau, anda boleh menggunakan pelayar yang berasaskan Chromium, iaitu beberapa pelayar yang menggunakan projek sumber terbuka Chromium yang dicipta bagi membolehkan sokongan extension.

Salah satu pelayar yang popular yang menggunakan asas Chromium adalah Kiwi Browser. Caranya adalah sama sahaja, cuma pergi ke  menu tiga titik > Extensions dan anda boleh cari apa-apa extensions di Google dan pasangkan ia pada pelayar Kiwi.

https://www.youtube.com/watch?v=UPcZ1yTR15A

Pada Play Store, terdapat juga aplikasi-aplikasi yang memainkan fungsi yang sama iaitu menapis perkataan-perkataan atau imej. Salah satunya adalah Spoiler Block dan Spoilers Blocker.

Bagi pengguna iPhone, anda boleh dapatkan aplikasi Shut Up, yang dimana anda boleh menyahaktifkan ruangan komen di laman sesawang bagi mengelakkan membaca komen yang tidak sepatutnya. Shut Up tidak terdapat di sistem operasi Android tetapi anda boleh mencari  dan memasang extension-nya di pelayar Firefox atau Kiwi.



Di sosial media, contohnya Twitter, anda boleh tapis apa-apa kata kunci dengan pergi ke profile icon > Settings and privacy > Privacy and safety > Muted words dan tambah kata kunci.

Bagaimana di YouTube? Bagi di YouTube pula, cuba elakkan content video yang mempunyai unsur-unsur spoiler dengan melihat thumbnails atau jangan buka YouTube.

Spoilers tidak hanya datang dalam bentuk perkataan, bagi sesetengah situasi dimana anda sedang melayari apa-apa laman sesawang, ia mungkin datang dalam bentuk gambar, GIF atau meme, maka penyelesaiannya adalah dengan menyembunyikan gambar.



Pilihan menutup gambar yang dulunya boleh didapati di pelayar Google Chrome, tetapi telah dibuang pada kemaskini yang seterusnya. Maka secara alternatif, anda boleh memasang pada extension pelayar anda iaitu Images Block X pada pelayar Firefox atau Kiwi dan aplikasi Image Blocker pada pengguna iPhone.

Walaupun beberapa tips yang telah diberikan di atas, anda mungkin akan dengan tidak sengaja akan terdedah juga sama ada dalam bentuk kesalahan diri sendiri atau dari cerita kawan-kawan yang semua itu bergantung kepada diri anda sendiri.

Sumber: androidauthority

 

Berkaitan