Tips Terbaik Mengambil Gambar Menggunakan iPhone

Dengan perkembangan telefon pintar yang semakin canggih, tidak mustahil ramai orang lebih gemar menangkap gambar menggunakan telefon pintar.

Dari gambar 'selfie' atau pemandangan percutian, kita pasti mahu mengangkap gambar menggunakan teknik ala-ala profesional.

Dalam kes ini, kami akan memfokuskan tentang iPhone yang memang terkenal dengan kualiti gambar yang cukup berkualiti.

i.img

Kawalan 'Shutter' Tanpa Menyentuh Skrin

Mungkin ada yang tidak perasan.

'Earbud' yang disertakan sekali dengan iPhone anda boleh bertindak sebagai 'shutter' kamera.

Apabila anda telah memasang 'earbud' ke iPhone anda, tekan sahaja butang 'volume' di 'earbud' sekiranya mod kamera telah terpasang.

Ini membolehkan gambar diambil dalam posisi yang selesa dan semulajadi.

Butang 'volume' di tepi peranti juga berfungsi dengan cara yang sama jika anda tidak mahu gambar lengan anda masuk sekali di dalam gambar.

i.img

Peraturan 1/3

Ini merupakan tips jurugambar yang agak lama dimana 'shot' gambar anda patut dibahagikan kepada 9 empat segi tepat dengan 4 garis bersilang.

Subjek gambar sepatutnya ada di dalam kawasan ini.

Untuk menyenangkan anda dari membayangkan kawasan ini, pergi ke 'setting' dan buka 'menu' Photos & Camera.

Kemudia tekan suis 'toggle' Grid dan aktifkan funsi ini.

Apabila anda membuka aplikasi kamera, anda akan melihat kawasan yang telah dibahagikan kepada garisan grid.

i.img

Fokus dan Pendedahan

Apabila anda menangkap gambar menggunakan aplikasi kamera, tekan di mana-mana di skrin untuk mengubah fokus dengan manual.

Pada masa yang sama, ikon matahari akan muncul di skrin.

Tarik ikon ini keatas dan atau kebawah untuk mengubah pendedahan pada kawasan tersebut.

Untuk mengunci fokus di dalam skrin, tekan tanpa lepas di kawasan fokus.

Ini akan mengunci fokus dan pendedahan untuk kawasan terbabit membantu anda untuk mendapatkan fokus dan pendedahan konsisten walaupun kamera anda bergerak.

i.img

Salah satu mod yang banyak digunakan sekarang ialah HDR iaitu 'High Dynamic Range'.

HDR memberikan lebih seleksi warna dan kontras di dalam gambar agar gambar nampak lebih semulajadi.

Mod HDR memerlukan masa untuk diproses dan ini tidak sesuai untuk menangkap objek yang bergerak laju.

Mod ini boleh ditutup di skrin dan boleh digunakan apabila berasa keadaan yang sesuai.

i.img

Mod 'Burst'

Mod 'Burst' sangat sesuai keadaan memerlukan gambar diambil dengan kuantiti yang banyak.

Apple meletakkan fungsi ini di butang 'shutter'.

Dengan menekan 'shutter' dalamĀ  tempoh dari setengah saat dan lebih, mod 'burst' diaktifkan dengan automatik sehingga anda melepaskan 'shutter'.

Pastikan anda mempunyai ruang penyimpanan yang mencukupi jika tidak mahu proses ini terganggu.

i.img

Malangnya zoom optikal hanya terdapat di dalam iPhone 7 Plus.

Zoom optikal berfungsi sama seperti zoom digital tetapi dengan kualiti gambar yang lebih baik.

Hanya tekan butang kecil 1x di skrin dan kamera akan zoom menggunakan optikal.

i.img

Mod Potret

Sekali lagi, mod ini hanya eklusif bagi iPhone 7 Plus.

Cari fungsi potret di skrin dan anda boleh mengaktifkannya dengan segera.

Mod potret direka dengan memfokuskan subjek di dalam gambar sambil latar belakang dikaburkan.

Ia dikenali dengan efek bokeh dan hasilnya sangat menakjubkan.

Untuk telefon pintar berkamera dual sahaja yang boleh mendapatkan hasil yang sama.

i.img

Aksesori Kamera

Sejak kebelakangan ini, terdapa banyak aksesori kamera di pasaran untuk anda beli.

Antara yang terkenal digunakan bersama iPhone ialah lensa ExoLens dan Olioclip.

Lensa mereka dalam saiz yang kecil tetapi berkuasa.

Lensa ini boleh membuat 'shot' sudut lebar, mod macro dan zoom tambahan.

Pastikan anda mengkaji dulu keperluan gambar anda dan lensa mana yang sesuai untuk iPhone anda.

i.img

Aplikasi Kamera

Untuk anda yang inginkan lebih kawalan untuk gambar anda, aplikasi pihak ketiga ada di luar sana.

Mereka boleh memberi anda kawalan lebih seperti kelajuan 'shutter' dan pendedahan.

i.img

Ubahsuai Gambar Anda

Akhir sekali, untuk anda yang tidak mementingkan keaslian gambar, anda boleh menggunakan aplikasi Photos di dalam iPhone anda untuk mengubahsuai gambar yang telah ditangkap.

Aplikasi ini boleh mengubah kecerahan gambar dan juga meletakkan penapis untuk gambar anda.

Hasilnya gambar anda mungkin nampak lebih menarik dan lebih 'profesional'