Tips Sentuhan Untuk iPhone Yang Patut Anda Tahu - Bahagian (1/2)

Apalah guna kalau memiliki peranti yang hebat tetapi tidak tahu menggunakannya secara menyeluruh, betul?

Dibawah akan disenaraikan serba sedikit sentuhan yang bakal memudahkan anda menggunan iPhone.

  • Simpan draf didalam aplikasi Mail

    • Ketika menulis emel, kadang kala  anda perlu merujuk emel-emel lain di dalam peti masuk betul? Jadi cara mudah untuk menyimpan emel yang sedang anda tulis kepada draf adalah dengan  leret kan ia kebawah.






 

  • Lihat draf yang disimpan pada aplikasi Mail

    • Tekan dan tahan butan (tap and hold) butang karang (compose)






 

  • Kembali ke imej kecil ketika melihat foto

    • Bagi yang tidak tahu, anda pastinya akan menekan butang kembali (penjuru kiri atas) jika mahu bertukar kepada imej kecil (thumbnails). Tetapi dengan saiz iPhone yang semakin besar, agak sukar untuk berbuat demikian. Jadi anda hanya perlu leret kebawah foto yang anda lihat seperti gambar dibawah ini.






 

  • Pilih lebih dari satu foto

    • Tidak perlu tekan satu-satu foto yang ingin dikongsikan atau hendak dipadam. Cukup dengan hanya tekan butang Pilih dibahagian kanan atas, dan leretkan ia kearah foto yang anda kehendaki. Mudah dan pantas bukan?






 

  • Pergi kepada foto terawal dan terbaru dengan mudah dan pantas.

    • Sememangnya sangat sukar untuk menatal satu persatu foto di dalam album, lebih lebih lagi Whatsapp Images yang kadang kala berjumlah ratusan gambar.

    • Cara mudah untuk pergi kepada foto lama adalah dengan menyentuh bahagian bawah skrin penjuru kanan seperti yang dipaparkan pada gambar contoh berikut.






 

  • Zoom in pada video

    • Ya, zoom in tidak terhad kepada foto sahaja. Anda juga boleh zoom in pada video yang sedang ditonton.

    • Sentuhannya sama seperti zoom in di foto.






 

Sumber: Cnet