Tips Memilih Android Box Dan Kegunaannya

Artikel kali ini kami ingin kongsikan informasi berkaitan sebuah peranti yang boleh dikatakan perlu ada disetiap rumah yang mempunyai sambungan internet tetap. Kami yakin, pasti ramai yang sudah maklum berkenaan peranti android box. Peranti ini mempunyai fungsi dan fitur yang sama seperti sebuah telefon pintar android, cuma apa yang membezakannya ialah android box memerlukannya dipasang pada Televisyen ataupun monitor.

Berikut contoh antara muka bagi Android Box.





Oleh kerana fungsi android box ini sama seperti sebuah telefon pintar maka semua aplikasi yang terdapat dalam Playstore mahupun yang berformat APK boleh dipasang pada android box contohnya seperti permainan video mobile lagend, Clash of Clans dan lain-lain lagi. Kepada penggemar filem dan rancangan TV, boleh sahaja muat turun aplikasi berbayar seperti Netflix dan Iflix.

Contoh aplikasi yang telah siap dipasang pada Android Box

Aplikasi filem dan rancangan TV







Untuk kepuasan bermain permainan video, anda boleh menghubungnya kepada "gamepad"




Sekiranya anda peminat rancangan TV berbayar , pakej "underground" juga disediakan dimana anda dapat menikmati semua rancangan itu dengan harga tak sampai RM40 sebulan. Pakej ini dikenali sebagai MyIptv. Sebelum melanggan pastikan rumah anda dilengkapi sambungan internet yang laju dan stabil terlebih dahulu. Untuk makluman anda, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda boleh carinya sendiri di media sosial.

Kedai yang menjual peranti Android Box

Memang terdapat kedai-kedai yang menjual peranti ini, akan tetapi nasihat kami, adalah lebih baik sekiranya anda membelinya secara atas talian. Ini kerana anda boleh mendapatkan peranti tersebut dengan harga yang jauh lebih murah daripada yang ditawarkan dikedai-kedai. Antara portal yang kami syorkan untuk membeli peranti ini ialah seperti Lazada, Ali Express dan 11 Street.

Jenis-jenis Android Box

Berikut antara jenis-jenis Android Box yang boleh anda dapatkan. Apa yang perlu diutamakan sekiranya ingin memilih peranti ini ialah saiz RAM dan storan dalamannya, sama sahaja seperti memilih telefon pintar. Pastikan RAM nya adalah bersaiz 2GB keatas dan Storannya 8Gb keatas. Sekiranya anda membeli peranti dengan spesifikasi rendah, ianya mungkin akan mengalami masalah mudah "Hang" dan cepat panas.



Itulah sahaja serba sedikit maklumat yang dapat kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat.