Tips Gunakan Google Chrome Dengan Lebih Mudah

Ramai yang menggunakan pelayar Google Chrome sebagai pelayar utama untuk melayari internet dalam kehidupan seharian. Tetapi, tidak ramai yang tahu untuk menggunakannya dengan efektif, efisen, dan menyeronokkan.

Penggunaan efektif dan efisen dapat memudahkan pengguna dalam pelbagai aspek termasuk peningkatan kepantasan, keselesaan, serta kualiti kerja. Berikut adalah tip-tip menggunakan Google Chrome yang mungkin anda tidak tahu:

1. Klik kanan untuk carian Google

Kebanyakan pengguna tentu pernah terserempak dengan perkataan, nama, atau terma saintifik yang tidak diketahui semasa melayari internet. Kebiasaannya, tindakan yang akan dilakukan adalah membuka tab baharu untuk mencari maksud perkataan tersebut.

Untuk menyingkatkan masa, anda hanya perlu Highlight teks tersebut dan tab baharu akan muncul untuk carian tersebut.



2. Buka semula tab yang tidak sengaja ditutup

Pernah tak mengalami situasi tertutup tab kerana terlampau banyak dibuka didalam satu window? Jangan panik-panik dan membazir masa dengan membuka carian History atau membuat carian baharu.

Hanya dengan satu klik kanan pada menu bar dan pilih 'Reopen closed tab'. Kalau nak lagi singkat, terus tekan Ctrl+Shift+T.



3. Pin tabs

Selain membuka semula, fungsi Pin tab juga berguna untuk memastikan sesuatu tab itu sentiasa terbuka. Fungsi ini akan tukarkan tab tertentu kepada sebuah ikon kecil disebelah kiri.

Ia juga dapat menjimat ruang pada bahagian atas window anda sekiranya anda membuka tab yang banyak untuk bekerja. Untuk Pin tab, klik kanan pada tab tertentu kemudian pilih Pin dan klik kanan sekali lagi dan pilih Unpin untuk sebaliknya.

Kapsyen: Pin tab


Kapsyen: Unpin tab


4. Kawalan YouTube bersepadu

Kepada pengguna yang suka mendengar lagu atau tutorial melalui YouTube, Chrome ada sediakan fungsi kawalan YouTube. Fungsi ini membenarkan pengguna untuk mengawal YouTube ketika membuka tab lain.

Ikon nota musik bagi fungsi ini akan muncul di sebelah kanan apabila video di YouTube dimainkan. Tekan ikon tersebut untuk melihat apa yang sedang dimainkan dan ada juga ciri main, berhenti seketika, kehadapan, dan kebelakang.



 

 

 

Berkaitan