Tips Gajet Archives - WISER.MY https://wiser.my/tips-gajet Laporan Teknologi & Gajet Wed, 12 Aug 2026 08:54:15 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/07/19091031/cropped-logo-3-1-32x32.png Tips Gajet Archives - WISER.MY https://wiser.my/tips-gajet 32 32 118486170 2 Cara Ini Boleh Jadikan PC Windows Anda Boot Lebih Pantas https://wiser.my/2-cara-ini-boleh-jadikan-pc-windows-anda-boot-lebih-pantas Wed, 12 Aug 2026 07:18:36 +0000 https://wiser.my/?p=383876 Jika anda adalah salah seorang pengguna yang selalu mengeluh kerana PC anda mengambil masa terlalu lama untuk bermula (boot), sehingga menyebabkan produktiviti terganggu, anda bolehlah langkah-langkah berikut:- Tekan butang kekunci Windows dan butang R (Windows + R)  Dalam kotak tetingkap Run yang muncul di paparan, taip Sysdm.cpl dan tekan butang OK Kemudian akan dipapar System...

The post 2 Cara Ini Boleh Jadikan PC Windows Anda Boot Lebih Pantas appeared first on WISER.MY.

]]>
Jika anda adalah salah seorang pengguna yang selalu mengeluh kerana PC anda mengambil masa terlalu lama untuk bermula (boot), sehingga menyebabkan produktiviti terganggu, anda bolehlah langkah-langkah berikut:-

  • Tekan butang kekunci Windows dan butang R (Windows + R
  • Dalam kotak tetingkap Run yang muncul di paparan, taip Sysdm.cpl dan tekan butang OK

  • Kemudian akan dipapar System Properties, di sini pilih tab Advanced dan pada bahagian Performance tekan Settings…

  • Seterusnya, ia memaparkan tetapan bagi Perfomance Option, pilih tetapan Adjust for best performance dan tekan butang OK.

Tetapan ini akan membatalkan ciri-ciri visual yang mungkin tidak diperlukan anda ketika mengguna PC.

Satu lagi yang boleh anda lakukan untuk menjadikan PC anda boot dengan lebih pantas adalah dengan mengubah tetapan BOOT Advanced Options.

  • Masih di tetingkap Run (Windows + R), taip Msconfig dan tekan OK

  • Akan muncul paparan System Configuration, pilih tab Boot
  • Seterusnya pilih Advanced options… dan tandakan pada Number of processor

  • Di sini, anda tetapkan kepada nilai tertinggi yang ada ditawarkan untuk PC anda

  • Seterusnya, apabila anda menekan butang OK atau Apply, satu tetingkap amaran iaitu System Configuration akan memaparkan tentang Bitlocker Drive Encryption di mana ia menyatakan anda perlu memasukkan Bitlocker recovery key

  • Jadi, sebelum anda lakukan tetapan ini, pastikan anda sudah memiliki Bitlocker recovery key kerana ia diperlukan semasa proses Boot PC anda itu nanti.
  • Tapi, jika anda tidak pasti, anda disyor untuk tidak lakukan langkah kedua ini.

Tip ini sesuai untuk pengguna harian yang mahukan pengalaman lebih efisien tanpa perlu membeli perkakasan baharu.

Semoga, dengan tips ringkas ini, PC Windows anda dapat boot lebih pantas dan lebih lancar.

{suggest}

The post 2 Cara Ini Boleh Jadikan PC Windows Anda Boot Lebih Pantas appeared first on WISER.MY.

]]>
383876
Cara Tonton Netflix Di PC Pada Kualiti Ultra HD (4K) Di Pelayar Chrome, Edge Atau Safari https://wiser.my/cara-tonton-netflix-pada-kualiti-ultra-hd-4k-di-pelayar-chrome-edge-atau-safari Fri, 07 Aug 2026 09:21:16 +0000 https://wiser.my/?p=383474 Mungkin ramai pelanggan Netflix belum tahu, Netflix secara diam-diam telah menyokong tontonan Ultra HD (4K atau 2160p) di PC untuk pelayar Chrome termasuklah pelayar Edge dan Safari. Cuma, penawaran ini hanya tersedia untuk pelanggan premium yang melanggan pada harga RM62.90 / bulan. Jadi, berikut adalah keperluan minimum peranti bagi membolehkan anda menstrim Netflix pada kualiti...

The post Cara Tonton Netflix Di PC Pada Kualiti Ultra HD (4K) Di Pelayar Chrome, Edge Atau Safari appeared first on WISER.MY.

]]>
Mungkin ramai pelanggan Netflix belum tahu, Netflix secara diam-diam telah menyokong tontonan Ultra HD (4K atau 2160p) di PC untuk pelayar Chrome termasuklah pelayar Edge dan Safari.

Cuma, penawaran ini hanya tersedia untuk pelanggan premium yang melanggan pada harga RM62.90 / bulan.

Jadi, berikut adalah keperluan minimum peranti bagi membolehkan anda menstrim Netflix pada kualiti 4K di pelayar Chrome atau Edge.

  • PC anda menjalankan sistem operasi Windows 11.
  • Pelayar Chrome atau Edge dikemas kini kepada versi terbaru.
Keperluan strim Ultra HD (2160p) yang diperlukan pelayar pada komputer Windows .
  • PC anda sekurang-kurangnya dikuasakan pemprosesan grafik (GPU) khusus ini yang menyokong tontonan dalam Ultra HD (4K): – Nvidia GeForce GPU 1050 atau lebih baharu; AMD Radeon RX siri 400 atau GPU yang lebih baharu.
  • PC anda sekurang-kurangnya dipacu CPU Intel Core generasi ke-7 atau lebih baharu, atau CPU AMD Ryzen. Anda juga mungkin perlu memasang pemacu grafik terkini untuk menonton dalam Ultra HD (4K).
Sesetengah peranti Windows 11 tidak didatangkan dengan codec HEVC yang diperlukan untuk menstrim video Netflix dalam Ultra HD (4K). Jadi, anda mungkin perlu membeli sambungan video HEVC tambahan daripada Microsoft Store.
  • Komputer anda dilengkapi skrin terbina 4K 60Hz atau TV 4K 60Hz atau paparan luaran dengan sambungan serasi HDCP 2.2.
  • Kelajuan sambungan internet yang stabil sebanyak 15 megabit sesaat atau lebih tinggi.

Sebagai tambahan, suka dinyatakan di sini, strim Netflix dalam  4K di pelayar Chrome dan Edge ini hanya tersedia pada PC Windows dan Chromebook.

Bagi pengguna Komputer riba Chromebook Plus, anda mensti menjalankan
ChromeOS 76 atau lebih baharu, pelayar Google Chrome telah dipasang, skrin terbina 4K 60Hz, atau TV 4K 60Hz atau paparan luaran dengan sambungan serasi HDCP 2.2. Kelajuan sambungan internet yang stabil sebanyak 15 megabit sesaat atau lebih tinggi.

Bermakna, pengguna Mac masih perlu bergantung pada pelayar Safari untuk strim Netflix dalam resolusi tertinggi.

Keperluan strim Ultra HD (2160p) yang diperlukan pelayar pada macOS.

Untuk pengguna Mac pula, berikut adalah keperluan minimum yang diperlukan untuk strim Netflix pada kualiti 4K di pelayar:

  • Mac anda menjalankan versi macOS Big Sur 11.0 atau lebih baharu.
  • Komputer Mac dengan pemproses Apple atau cip Apple T2 Security dan paparan berkemampuan UHD terbina.
  • Versi terkini pelayar Safari.
  • Jika bersambung ke satu atau lebih paparan luaran, setiap paparan yang disambungkan mesti mempunyai kadar penyegaran minimum 60Hz dan resolusi UHD/4K, dan disambungkan menggunakan kabel video berkadar HDCP 2.2.
  • Pelan Netflix Premium yang menyokong penstriman dalam UHD.
  • Kelajuan sambungan internet yang stabil sebanyak 15 megabit sesaat atau lebih tinggi.
  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

{suggest}

The post Cara Tonton Netflix Di PC Pada Kualiti Ultra HD (4K) Di Pelayar Chrome, Edge Atau Safari appeared first on WISER.MY.

]]>
383474
Barisan Model Superkomputer NVIDIA DGX Spark Dari Pelbagai Jenama Kini Di Malaysia, Harga Dari RM23 Ribu https://wiser.my/barisan-model-super-komputer-nvidia-dgx-spark-dari-pelbagai-jenama-kini-di-malaysia-harga-dari-rm23-ribu Thu, 06 Aug 2026 08:54:42 +0000 https://wiser.my/?p=382882 Jika anda mahu memiliki super komputer bertaraf industri di meja anda, anda kini sudah pun boleh memilikinya yang tersedia dari pelbagai jenama. Lebih menarik, superkomputer bersaiz kompak ini kini boleh dimiliki pada harga yang amat berpatutan, bermula sekitar RM23 ribu sahaja. NVIDIA DGX Spark direka khas untuk memberikan kuasa pengkomputeran gred industri dalam saiz yang...

The post Barisan Model Superkomputer NVIDIA DGX Spark Dari Pelbagai Jenama Kini Di Malaysia, Harga Dari RM23 Ribu appeared first on WISER.MY.

]]>
Jika anda mahu memiliki super komputer bertaraf industri di meja anda, anda kini sudah pun boleh memilikinya yang tersedia dari pelbagai jenama.

Lebih menarik, superkomputer bersaiz kompak ini kini boleh dimiliki pada harga yang amat berpatutan, bermula sekitar RM23 ribu sahaja.

NVIDIA DGX Spark direka khas untuk memberikan kuasa pengkomputeran gred industri dalam saiz yang kompak dan fleksibel dipacu cip pemproses berkuasa tinggi NVIDIA Grace Blackwell Superchip.

Ia sekali gus memenuhi permintaan jurutera AI, pembangun perisian, serta organisasi di Malaysia.

Sama ada anda sebuah syarikat pemula (startup) yang mahu membina model bahasa besar (LLM), institusi penyelidikan yang memerlukan pemprosesan data kompleks, mahupun syarikat yang ingin mempercepatkan transformasi digital, DGX Spark adalah jawapan terbaik untuk segala keperluan AI anda.

Berikut adalah antara model superkomputer dipacu NVIDIA DGX Spark yang sudah ditawar di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenama:-

GIGABYTE AI TOP ATOM

GIGABYTE AI TOP ATOM dikuasakan cip NVIDIA Grace Blackwell GB10 Superchip.

Ia dilengkapi dengan 128GB memori RAM bersepadu dan storan sehingga 4TB SSD.

AI TOP ATOM mampu mencapai prestasi sehingga 1 petaFLOP, menyokong model berskala besar sehingga 200 bilion parameter.

GIGABYTE AI TOP ATOM boleh ditawar dengan harga bermula sekitar RM24,000 hingga RM30,000.

Beli GIGABYTE AI TOP ATOM dari stor atas talian di:

MSI EdgeXpert

MSI EdgeXpert MS-C931 ialah superkomputer AI bersaiz kompak berasaskan NVIDIA DGX™ Spark GB10 Grace Blackwell.

Ia digerakkan GPU Blackwell bersama CPU Arm 20-teras, memori LPDDR5x 128GB dan storan NVMe sehingga 4TB.

Prestasi mencapai 1000 AI TOPS (FP4), mampu melatih model sehingga 200 bilion parameter secara tempatan, atau 405 bilion apabila digabungkan rangkaian.

MSI EdgeXpert dijual pada harga sekitar RM23,000 hingga RM27,000.

Beli MSI EdgeXpert dari stor rasmi di:

HP ZGX Nano

HP ZGX Nano ialah stesen kerja AI bersaiz tapak tangan yang direka untuk membangunkan dan melatih model AI secara tempatan tanpa bergantung pada awan.

Dikuasakan cip NVIDIA GB10 Grace Blackwell dengan sehingga 1000 TOPS AI compute, ia menyokong model sehingga 200B parameter (405B jika digabungkan dua unit).

Dengan 128GB memori dan sokongan storan NVMe dari kapasiti 2TB sehingga 4TB, ia sesuai untuk beban kerja besar.

HP ZGX Nano dijual pada harga RM24,053 dari stor rasmi di:

ASUS Ascent GX10

Sepertimana model-model super komputer di atas, ASUS Ascent GX10 ialah superkomputer AI desktop ultra-kompak dikuasakan oleh NVIDIA Grace Blackwell Superchip.

Ia menawarkan 1 PFLOP kuasa pengiraan dan 128GB memori bersatu, sesuai untuk melatih serta menjalankan model besar sehingga 200 bilion parameter.

Sistem ini menyokong sambungan NVLink-C2C dan rangkaian ConnectX-7 untuk komunikasi pantas antara agen AI.

Dengan reka bentuk penyejukan canggih, ia 1.6 kali lebih efisien berbanding sistem lain, sekali gus ia dipilih memenangi anugerah Design Award dan reddot 2026.

ASUS Ascent GX10 tersedia dalam varian 1TB, 2TB dan 4TB yang boleh dimiliki pada harga bermula RM24,999 hingga RM29,999.

Beli ASUS Ascent GX10 dari stor rasmi di:

Dell Pro Max

Dell Pro Max GB10 DGX Spark hadir dengan reka bentuk kompak Dell L6 dengan aliran udara honeycomb menjadikannya ringan dan mudah digunakan.

Ia hadir dengan DGX OS, CUDA, TensorFlow dan PyTorch, serta sokongan rangkaian ConnectX-7.

Dell Pro Max dijual pada harga antara RM27,000 hingga RM39,000 di stor:

Lenovo ThinkStation PGX

Lenovo ThinkStation PGX yang direka khusus untuk pembangunan AI dikuasakan oleh NVIDIA GB10 Grace Blackwell Superchip dengan CPU ARM 20-teras dan GPU Blackwell terbina.

Peranti ini hadir dengan memori 128GB LPDDR5x serta sokongan storan NVMe SSD sehingga 4TB.

Ia dilengkapi sistem operasi NVIDIA DGX™ OS bersama perisian AI seperti CUDA, PyTorch dan Jupyter Notebooks.

Sambungan termasuk USB-C, HDMI 2.1a, Ethernet, WiFi 7 dan Bluetooth 5.3.

Dengan harga bermula RM24,125.57, Lenovo ThinkStation PGX boleh dibeli dari stor rasmi ThinkStation PGX | NVIDIA-powered AI Development Workstation | Lenovo Malaysia.

Jika barisan model super komputer kompak di atas masih beum cukup berkuasa untuk anda, Nvidia ada menawarkan komputer meja DGX Station yang menggunakan cip NVIDIA GB300 Grace Blackwell Ultra Desktop Superchip yang lebih berkuasa.

Ia menyediakan sehingga 784GB memori koheren, sesuai untuk latihan AI berskala besar.

Cuma buat masa ini, semakan menunjukkan hanya komputer dari jenama Dell sahaja yang ada menawarkannya menerusi model Dell Pro Max with GB300.

Namun, ia belum tersedia di pasaran.

{suggest}

The post Barisan Model Superkomputer NVIDIA DGX Spark Dari Pelbagai Jenama Kini Di Malaysia, Harga Dari RM23 Ribu appeared first on WISER.MY.

]]>
382882
Google Drive Dari PC Tidak Lagi Simpan Gambar/Video Ke Google Photos Bermula 10 Ogos Ini https://wiser.my/google-drive-tidak-lagi-simpan-gambar-video-ke-google-photos-bermula-10-ogos-ini Thu, 06 Aug 2026 03:37:53 +0000 https://wiser.my/?p=383288 Selama bertahun-tahun, aplikasi Google Drive di komputer membolehkan anda menghantar folder gambar dan video terus ke Google Photos bersama-sama dengan fail biasa anda. Tapi, mungkin masih ramai yang belum tahu, bermula 10 Ogos 2026 ini, aplikasi Google Drive tidak lagi menyokong sandaran foto dan video ke Google Photos. Ini bermakna, sebarang folder gambar dan video...

The post Google Drive Dari PC Tidak Lagi Simpan Gambar/Video Ke Google Photos Bermula 10 Ogos Ini appeared first on WISER.MY.

]]>
Selama bertahun-tahun, aplikasi Google Drive di komputer membolehkan anda menghantar folder gambar dan video terus ke Google Photos bersama-sama dengan fail biasa anda.

Tapi, mungkin masih ramai yang belum tahu, bermula 10 Ogos 2026 ini, aplikasi Google Drive tidak lagi menyokong sandaran foto dan video ke Google Photos.

Ini bermakna, sebarang folder gambar dan video di komputer anda tidak akan diselaraskan secara automatik ke Google Photos selepas tarikh tersebut.

Namun, kandungan yang sudah berada dalam Google Photos akan kekal selamat.

Sebaliknya, perubahan ini hanya menjejaskan muat naik baharu fail gambar dari desktop ke Google Photos selepas dari tarikh tersebut.

Jadi, untuk memastikan kenangan berharga anda terus dilindungi, pengguna digalakkan beralih kepada aplikasi Google Photos dan menetapkan folder sandaran secara manual di sana.

Google turut memberi amaran agar tidak menyelaraskan folder yang sama dalam Drive dan Photos kerana ia boleh menghasilkan fail pendua dan menggandakan penggunaan storan Google One.

Jika dibiarkan, risiko kehilangan data meningkat sekiranya komputer rosak atau fail terpadam.

Langkah penting yang perlu dilakukan ialah menyemak tetapan sandaran semasa, memilih folder yang relevan dalam Google Photos, dan memastikan sistem sandaran baharu berfungsi sebelum tarikh akhir.

Maka, jika anda pengguna Gooogle Drive for desktop di Windows atau macOS, anda  dituntut ambil tindakan segera dengan ikuti panduan di bawah agar foto peribadi terus tersimpan dengan selamat di awan.

  • Buka aplikasi Google Drive di PC/macOS dan log masuk ke akaun anda
  • Di bahagian Settings pilih Preferences

  • Kemudian, klik pada Folders from your computer.

  • Seterusnya, pilih folder tertentu dan buang tanda Back up to Google Photos
Buang tanda “Sync with Google Drive” adalah pilihan tambahan.

Maka, selepas ini, semua gambar yang disimpan ke dalam PC anda tidak lagi akan dimuat naik sebagai sandaran (backup) ke dalam Google Photos.

Sebaliknya, jika anda ingin membuat backup gambar dari PC ke Google Photos selepas 10 Ogos ini, anda perlu membuatnya secara manual.

{suggest}

The post Google Drive Dari PC Tidak Lagi Simpan Gambar/Video Ke Google Photos Bermula 10 Ogos Ini appeared first on WISER.MY.

]]>
383288
2 Cara Mudah Sekat Iklan YouTube Di Pelayar Web https://wiser.my/2-cara-mudah-sekat-iklan-youtube-di-pelayar-web Mon, 27 Jul 2026 06:24:20 +0000 https://wiser.my/?p=382407 Jika anda kerap berasa terganggu dengan kemunculan iklan secara tiba-tiba sewaktu sedang asyik menonton video di YouTube? Jangan risau, anda tidak perlu melanggan YouTube Premium, kerana ada dua trik pantas dan berkesan yang mungkin anda belum pernah cuba untuk menikmati tontonan video di YouTube tanpa sebarang gangguan. 1. Trik Ubah URL (Hyphen Hack) Cara pertama...

The post 2 Cara Mudah Sekat Iklan YouTube Di Pelayar Web appeared first on WISER.MY.

]]>
Jika anda kerap berasa terganggu dengan kemunculan iklan secara tiba-tiba sewaktu sedang asyik menonton video di YouTube?

Jangan risau, anda tidak perlu melanggan YouTube Premium, kerana ada dua trik pantas dan berkesan yang mungkin anda belum pernah cuba untuk menikmati tontonan video di YouTube tanpa sebarang gangguan.

1. Trik Ubah URL (Hyphen Hack)

Cara pertama ini sangat mudah dan tidak memerlukan anda memuat turun sebarang aplikasi.

Apabila video yang anda tonton mempunyai iklan, anda hanya perlu hack pada bar alamat laman web (URL) di bahagian atas skrin anda.

Cari perkataan youtube.com, kemudian letakkan tanda sempang atau hyphen () betul-betul selepas huruf t (menjadi yout-ube.com), lalu tekan Enter.

Trik ini akan memaksa video bertukar ke mod skrin penuh sekali gus menyekat iklan daripada ditayangkan.

2. Gunakan Extension ‘SponsorBlock’

Trik kedua adalah dengan memasang extension bernama SponsorBlock for YouTube.

Extension ini fokus kepada iklan promosi atau penajaan di mana ia akan mengesan bahagian promosi penaja dalam video dan melompatnya secara automatik tanpa anda perlu menekan apa-apa butang.

Dengan dua langkah mudah ini, anda kini boleh menjimatkan masa dan menikmati kandungan kegemaran anda di YouTube dengan lebih lancar.

Selamat mencuba.

{suggest}

The post 2 Cara Mudah Sekat Iklan YouTube Di Pelayar Web appeared first on WISER.MY.

]]>
382407
Tips Memilih GPU Laptop Gaming Terbaik, Dari RTX 5050 Hingga RTX 5090 https://wiser.my/tips-memilih-gpu-laptop-gaming-terbaik-dari-rtx-5050-hingga-rtx-5090 Fri, 17 Jul 2026 09:56:55 +0000 https://wiser.my/?p=381948 Memiliki laptop gaming idaman pasti menggembirakan namun jika tersalah pilih ia akan mengecewakan. Salah satu perkakasan yang paling utama dalam sesebuah laptop gaming sudah tentulah GPU. Namun, memilih Unit Pemprosesan Grafik (GPU) atau kad grafik yang betul adalah amat penting kerana, GPU menentukan kelancaran permainan, kualiti visual, dan jangka hayat laptop anda untuk jangka masa...

The post Tips Memilih GPU Laptop Gaming Terbaik, Dari RTX 5050 Hingga RTX 5090 appeared first on WISER.MY.

]]>
Memiliki laptop gaming idaman pasti menggembirakan namun jika tersalah pilih ia akan mengecewakan.

Salah satu perkakasan yang paling utama dalam sesebuah laptop gaming sudah tentulah GPU.

Namun, memilih Unit Pemprosesan Grafik (GPU) atau kad grafik yang betul adalah amat penting kerana, GPU menentukan kelancaran permainan, kualiti visual, dan jangka hayat laptop anda untuk jangka masa panjang.

Jadi, bagi memudahkan pilihan anda, di sini dikongsikan beberapa tips penting yang perlu dipertimbangkan berdasarkan siri NVIDIA GeForce RTX 50:

1. Kenali Hierarki GPU

  • Kelas Permulaan (RTX 5050)

Model dalam siri RTX 5050, kad grafik ini dikategorikan sebagai kelas permulaan.

Ia biasanya dimuatkan dalam laptop gaming berprestasi pada harga bajet di mana ia sesuai untuk mereka yang mahukan teknologi generasi terkini (Siri RTX 50) tanpa perlu berbelanja besar.

RTX 5050 memberikan prestasi 1080p untuk permainan harian atau e-sukan dengan  menampilkan banyak ciri RTX dan DLSS terkini bagi siri 50 terbaharu untuk imbangan kadar bingkai (framerate) yang baik.

Model MSI Cyborg 15 ini adalah contoh laptop gaming yang dipacu pemproses Intel Core i5 serta GPU RTX 5050 pada harga sekitar RM4,000 sahaja.
  • Kelas Pertengahan (RTX 5060, 5070 & 5070 Ti)

Barisan Siri RTX 50 ini menawarkan prestasi permainan 1080p yang lebih lancar.

Peningkatan kepada siri RTX 5070/5070 Ti akan memberi kuasa tambahan untuk mengendalikan resolusi yang lebih tinggi seperti 1440p dengan tetapan grafik tinggi.

Ia merupakan pilihan yang terbaik dan bernilai tinggi jika anda mahukan laptop dengan prestasi yang mantap dalam permainan lengkap dengan semua ciri terkini dan paling penting masih tidak begitu membebankan bajet anda.

ASUS TUF Gaming F16 adalah antara model laptop dengan pilihan GPU RTX 5060, 5070 atau 5070Ti yang boleh dimiliki pada harga sekitar RM6,000.
  • Kelas Premium (RTX 5080 & 5090)

Bagi mereka yang berbajet besar, laptop gaming dengan RTX 5080 dan ke atas pastinya menjadi pilihan utama.

Siri RTX 50 ini menawarkan memori VRAM 16GB yang besar untuk game berat (AAA) dengan ray tracing pada skrin 1440p.

Manakala RTX 5090 menduduki kasta tertinggi dalam hierarki perkakasan laptop kini.

Ia direka khusus untuk pengguna yang mahukan prestasi mutlak tanpa had untuk bermain permainan dalam resolusi 4K serta tetapan grafik tertinggi dengan lancar.

Acer Predator Helios 18 ini adalah antara model laptop dengan GPU NVIDIA® GeForce RTX™ 5090 serta perkakasan lain yang berspesifikasi tinggi di mana harganya boleh mencecah lebih RM20,000.

2. Padankan dengan Jenis Game Anda

Tidak semestinya anda perlu memiliki laptop berharga berbelas atau puluhan ribu untuk pengalaman gaming terbaik.

Ia berbalik kepada jenis game yang anda minat untuk menentukan GPU yang anda perlukan.

Sebagai contoh, game ringan seperti Valorant atau Fortnite sudah memadai dimainkan pada laptop dengan RTX 5050 atau 5060.

Namun, jika anda peminat tegar game dunia terbuka yang berat seperti Assassin’s Creed Shadows atau Cyberpunk 2077, anda memerlukan GPU kelas atas (RTX 5070 Ti ke atas) demi visual yang memukau dan lebih utama lagi ia “kalis masa depan” (future proof).

Ringkasnya, spesifikasi terbaik laptop gaming anda bergantung pada jenis permainan yang anda main.

3. Perhatikan Spesifikasi Skrin Laptop

Selain itu, had tetapan resolusi dan kadar segar semula (refresh rate) skrin laptop turut menentukan potensi GPU.

Sebagai contoh, GPU peringkat yang lebih tinggi boleh memberikan lebih banyak bingkai pada panel 240Hz atau 300Hz.

Ia memberikan anda kejelasan gerakan yang lebih lancar dan permainan yang lebih responsif untuk permainan yang kompetitif.

Skrin refresh rate tinggi (cth: 300Hz) memerlukan GPU berkuasa untuk menyalurkan bingkai yang cukup demi kelancaran visual.

Sebaliknya, skrin premium 4K memerlukan padanan minimum RTX 5080 atau 5090 agar kualiti visual tidak tersangkut-sangkut.

Jika anda mementingkan visual permainan sinematik dan terperinci, laptop berprestasi tinggi seperti ROG Strix SCAR 18 adalah pilihan terbaik yang ada ketika ini kerana skrin premiumnya mampu memaparkan grafik berkualiti tinggi dan kesan HDR yang memukau dengan sempurna.

4. Fahami Faktor TGP (Total Graphics Power)

Berapa banyak watt yang boleh digunakan oleh GPU anda?

Dua laptop dengan GPU yang sama tidak semestinya mempunyai prestasi yang serupa.

Laptop yang lebih tebal (seperti ROG Strix SCAR) mempunyai TGP (kuasa watt) yang lebih tinggi kerana sistem penyejukan yang besar, membolehkan GPU berfungsi pada tahap maksimum.

Sebaliknya, laptop dengan rekaan nipis pula mengehadkan TGP demi kecekapan tenaga dan fleksibiliti untuk mudah alih.

Bahasa mudahnya, memahami TGP membantu anda memilih gaya laptop yang paling sesuai dengan cara dan tempat anda bermain.

Model seperti ROG Zephyrus G16 yang beratnya kurang dari 2kg (1.86kg) boleh dianggap sebagai laptop gaming mudah alih.

Kesimpulan

Tidak semestinya laptop dengan spesifikasi yang paling berkuasa dan paling mahal harganya adalah yang terbaik untuk anda.

Pilih laptop dengan GPU yang bersesuaian dengan bajet anda, jenis game yang dimainkan, serta gaya hidup anda, sama ada mahukan prestasi maksimum atau kemudahan untuk dibawa ke mana-mana.

{suggest}

The post Tips Memilih GPU Laptop Gaming Terbaik, Dari RTX 5050 Hingga RTX 5090 appeared first on WISER.MY.

]]>
381948
Cara Bayar Guna Kod QR Di Aplikasi Wise Dan Senarai Negara Yang Disokong https://wiser.my/cara-bayar-guna-kod-qr-di-aplikasi-wise-dan-senarai-negara-yang-disokong Mon, 13 Jul 2026 10:12:55 +0000 https://wiser.my/?p=381197 Kad prabayar Wise sangat terkenal dalam kalangan mereka yang sering melancong ke luar negara kerana kadar tukaran matawang dan caj yang murah. Tapi, anda juga perlu tahu yang aplikasi Wise juga menyokong pembayaran melalui kod QR. Cara bayar dengan kod QR melalui aplikasi Wise Langkahnya sama saja dengan mana-mana aplikasi perbankan lain seperti MAE, CIMB...

The post Cara Bayar Guna Kod QR Di Aplikasi Wise Dan Senarai Negara Yang Disokong appeared first on WISER.MY.

]]>
Kad prabayar Wise sangat terkenal dalam kalangan mereka yang sering melancong ke luar negara kerana kadar tukaran matawang dan caj yang murah.

Tapi, anda juga perlu tahu yang aplikasi Wise juga menyokong pembayaran melalui kod QR.

Kad Wise Lama

Cara bayar dengan kod QR melalui aplikasi Wise

Langkahnya sama saja dengan mana-mana aplikasi perbankan lain seperti MAE, CIMB Octo, RHB Online Banking, HLB Connect, AEON Bank dan lain-lain.

  • Buka aplikasi Wise dan tekan Scan
cara scan qr dengan app wise cara scan qr dengan app wise cara scan qr dengan app wise cara scan qr dengan app wise

Selain itu, anda juga boleh pergi ke tab Kad, pilih kad yang mana anda mahu dan tekan simbol kod QR.

Anda juga boleh pilih untuk imbas kod QR daripada gambar yang sudah ada dalam galeri telefon.

Senarai kod QR seluruh dunia yang disokong Wise

  • Brazil: Pix QR (Terhad kepada pemilik akaun beralamat di Brazil dengan baki mata wang BRL).
  • China: Alipay & WeChat Pay (Tiada sokongan imbasan terus melalui aplikasi Wise. Pengguna perlu pautkan kad Wise ke dalam akaun Alipay atau WeChat Pay pihak ketiga).

  • Filipina:

    • QR Ph (Semua pengguna Wise).

    • GCash QR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).

  • Hong Kong: Alipay HK QR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).

  • Hungary: Qvik QR (Semua pengguna Wise dengan baki mata wang HUF).

  • Kemboja: KHQR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).

  • Korea Selatan: KakaoPay QR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).

  • Malaysia: DuitNow QR / Alipay+ (Pelancong dari Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja. Tidak sah untuk pemilik akaun Wise berdaftar di Malaysia).

  • Nepal: NepalPay QR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).

  • Singapura:

    • PayNow QR (Semua pengguna Wise. Bagi akaun luar Singapura, terhad kepada akaun perniagaan/B2B dengan had SGD 1,000 per transaksi dan SGD 20,000 per tahun kalendar).

    • NETS QR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).

  • Sri Lanka: Lanka QR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).

  • Switzerland: Swiss QR-Bill (Semua pengguna Wise menetap di Switzerland atau pengguna dengan baki mata wang CHF).

Kalau untuk pemindahan wang secara individu dan kedua-dua pihak menggunakan akaun Wise, maka anda hanya perlu Wisetag iaitu kod QR yang dihasilkan Wise sendiri khas untuk diimbas sesama pengguna individu Wise.

kad wise aplikasi malaysia

Kalau negara tak tersenarai?

Anda boleh semak kaunter peniaga terlebih dahulu kerana jika kod QR tempatan mereka memaparkan logo Alipay+ kerana aplikasi Wise tetap boleh mengimbasnya untuk membuat pembayaran. Namun, ciri ini hanya tersedia untuk akaun Wise yang berdaftar di Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand atau Brazil.

cara scan qr dengan app wise

Anda masih boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kad fizikal atau digital Wise di mana-mana premis yang menyokong rangkaian Visa atau Mastercard, sama seperti ada guna kad debit/kredit yang lain.

Jangan lupa, pengeluaran wang tunai di ATM masih boleh dilakukan menggunakan kad fizikal atau digital Wise di mana-mana mesin ATM yang menerima rangkaian Visa atau Mastercard.

{suggest}

The post Cara Bayar Guna Kod QR Di Aplikasi Wise Dan Senarai Negara Yang Disokong appeared first on WISER.MY.

]]>
381197
Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB https://wiser.my/microsoft-perkenal-cara-baru-pasang-semula-windows-11-dengan-lebih-mudah Fri, 10 Jul 2026 09:21:52 +0000 https://wiser.my/?p=381202 Microsoft memperkenalkan ciri baharu bernama Cloud Rebuild, ciri baharu pemasangan semula OS sepenuhnya yang memulihkan PC Windows 11 ke keadaan bersih dan baik, walaupun apabila Windows tidak boleh dihidupkan. Diperkenalkan dalam Windows 11 Insider Preview, Cloud Rebuild direka untuk memudahkan proses pemulihan sistem. Berbeza dengan fungsi Reset this PC, Cloud Rebuild membolehkan pengguna melakukan pemasangan...

The post Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB appeared first on WISER.MY.

]]>
Microsoft memperkenalkan ciri baharu bernama Cloud Rebuild, ciri baharu pemasangan semula OS sepenuhnya yang memulihkan PC Windows 11 ke keadaan bersih dan baik, walaupun apabila Windows tidak boleh dihidupkan.

Diperkenalkan dalam Windows 11 Insider Preview, Cloud Rebuild direka untuk memudahkan proses pemulihan sistem.

Berbeza dengan fungsi Reset this PC, Cloud Rebuild membolehkan pengguna melakukan pemasangan semula penuh sistem operasi terus dari awan, tanpa memerlukan pemacu USB atau media pemasangan fizikal.

Melalui Windows Recovery Environment (WinRE), pengguna boleh memilih Troubleshoot > Recovery > Cloud Rebuild untuk memulakan proses.

Sistem akan memuat turun imej Windows serta pemacu peranti terkini daripada Windows Update, memastikan komputer kembali berfungsi dengan stabil.

Walau bagaimanapun, sambungan internet yang stabil diperlukan supaya proses pemasangan berjalan lancar, dan pengguna juga perlu mengesahkan amaran kehilangan data sebelum proses bermula.

Ciri baharu ini memberi kelebihan yang sangat membantu kepada pengguna yang menghadapi masalah sistem tidak boleh boot atau tidak mempunyai perisian Windows untuk pemasangan semula sistem operasi ke dalam PC.

Walaupun masih dalam fasa ujian bersama Windows Insiders, Cloud Rebuild yang dijangka akan ditawar kepada semua pengguna Windows 11 tidak lama lagi dilihat sebagai langkah penting menjadikan Windows lebih mesra pengguna dan setanding dengan sistem lain yang telah lama menawarkan pemulihan berasaskan internet.

{suggest}

The post Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB appeared first on WISER.MY.

]]>
381202
Matikan Segera Tetapan Instagram Ini, Meta AI Benarkan Sesiapa Saja Guna Wajah Anda https://wiser.my/matikan-segera-tetapan-instagram-ini-meta-ai-boleh-guna-wajah-anda Fri, 10 Jul 2026 02:59:28 +0000 https://wiser.my/?p=381149 Mungkin ramai yang belum tahu, Meta baru-baru ini telah pun melancarkan alat AI baharu yang dikenali sebagai Muse Image. Muse Image adalah model penjanaan imej pertama dari Meta Superintelligence Labs yang Meta nyatakan ia sebagai “…rakan kreatif yang memahami dunia anda, memudahkan anda menukar idea menjadi visual berkualiti tinggi yang boleh anda muat turun dan...

The post Matikan Segera Tetapan Instagram Ini, Meta AI Benarkan Sesiapa Saja Guna Wajah Anda appeared first on WISER.MY.

]]>
Mungkin ramai yang belum tahu, Meta baru-baru ini telah pun melancarkan alat AI baharu yang dikenali sebagai Muse Image.

Muse Image adalah model penjanaan imej pertama dari Meta Superintelligence Labs yang Meta nyatakan ia sebagai “…rakan kreatif yang memahami dunia anda, memudahkan anda menukar idea menjadi visual berkualiti tinggi yang boleh anda muat turun dan kongsi di mana-mana, termasuk terus ke feed, story, atau chat anda.”

Tapi, apa yang tidak dijelaskan oleh pihak Meta kepada penggunanya dengan lebih terang adalah ciri ini juga membenarkan sesiapa sahaja menghasilkan imej AI menggunakan wajah anda hanya dengan menaip nama pengguna Instagram.

Kedengaran canggih, tetapi risiko privasi amat besar kerana anda tidak akan menerima sebarang notifikasi apabila imej anda digunakan.

Oleh itu, anda sangat disyorkan menyekat ciri ini dan segera menyemak tetapan di akaun Instagram anda dengan pergi ke Profile > Menu.

Kemudian, di bawah pernyataan “Bagaimana orang lain boleh berinteraksi dengan anda”, tap Sharing and reuse, kemudian matikan tetapan Posts and Reels reuse di bawah “Benarkan orang menggunakan semula kandungan anda di Instagram dan dengan ciri AI di Meta.”

Selepas itu, matikan tetapan pilihan “Posts and Reels”.

 

Walau bagaimanapun, langkah ini hanya menghalang penggunaan masa depan, imej yang sudah dihasilkan tetap kekal beredar.

Jadi, untuk pastikan akaun Instagram anda lebih privasi, tukarkan akaun anda dari Public kepada Private.

Selain itu, anda juga disyor mengaktifkan ciri pengesahan pelbagai faktor (MFA) pada semua akaun Meta.

Ini menambah lapisan keselamatan sekiranya berlaku cubaan penggodaman atau penipuan.

Ingat, foto awam di Instagram sudah lama menjadi sasaran untuk deepfake dan scam. Dengan AI generatif, penjenayah siber kini lebih mudah menggandakan usaha mereka.

Kesimpulannya, jangan tunggu sehingga identiti anda disalahgunakan.

Ambil langkah pencegahan sekarang: semak tetapan, aktifkan MFA, dan pertimbangkan untuk menjadikan akaun anda private.

{suggest}

The post Matikan Segera Tetapan Instagram Ini, Meta AI Benarkan Sesiapa Saja Guna Wajah Anda appeared first on WISER.MY.

]]>
381149
5 Langkah Wajib Untuk Elak Akaun WhatsApp Digodam https://wiser.my/5-langkah-wajib-untuk-elak-akaun-whatsapp-digodam Tue, 07 Jul 2026 09:01:55 +0000 https://wiser.my/?p=380760 WhatsApp bukan sekadar aplikasi mesej, ia adalah nadi komunikasi rakyat Malaysia. Namun, populariti ini menjadikannya sasaran utama scammer. Jika anda masih menggunakan tetapan asal, anda mungkin terdedah kepada risiko hijack dan digodam. Ketatkan sekuriti WhatsApp anda dengan langkah di bawah. Cara lindungi WhatsApp daripada digodam Kesemua langkah ini boleh dilakukan di peranti Android dan iOS....

The post 5 Langkah Wajib Untuk Elak Akaun WhatsApp Digodam appeared first on WISER.MY.

]]>
WhatsApp bukan sekadar aplikasi mesej, ia adalah nadi komunikasi rakyat Malaysia. Namun, populariti ini menjadikannya sasaran utama scammer.

Jika anda masih menggunakan tetapan asal, anda mungkin terdedah kepada risiko hijack dan digodam. Ketatkan sekuriti WhatsApp anda dengan langkah di bawah.

Cara lindungi WhatsApp daripada digodam

Kesemua langkah ini boleh dilakukan di peranti Android dan iOS.

1. Hidupkan Two-Step Verification

Tetapkan PIN 6-digit rahsia. Setiap kali anda log masuk di peranti baharu, WhatsApp akan mewajibkan kod ini. WhatsApp juga akan meminta kod ini secara rawak dan berkala sebagai keselamatan tambahan.

  • WhatsApp > Settings > Account > Two-step verifications

2. Matikan ciri Auto-Download

elak whatsapp kena hack

Ciri ini memudahkan anda buka gambar atau dokumen, namun ia juga memudahkan kerja penggodam.

Taktik popular penggodam di Malaysia sekarang adalah menghantar fail .APK (aplikasi hasad) yang kononnya dikatakan sebagai fail PDF jemputan kahwin, invois kurier atau bil saman. Jadi, sebaiknya matikan ciri ini.

  • WhatsApp > Settings > Storage and data > Tetapkan ‘Never’ untuk Documents dan Videos

Auto-download bukan sebab utama telefon dijangkiti, ia cuma buat fail berbahaya senang dijumpai dan dipasang. Punca sebenar tetap pada perbuatan buka atau install fail APK tu sendiri.

3. Semak Linked Devices secara berkala

elak whatsapp kena hack

Linked Devices menyenaraikan semua peranti yang mempunyai akses terhadap akaun WhatsApp anda.

Semak dan klik “Log out” pada mana-mana peranti/platform yang anda syaki bukan milik anda.

  • WhatsApp > Settings > Linked Devices

4. Kunci aplikasi WhatsApp

elak whatsapp kena hack app lock

Dengan tetapan ini, ia akan kunci aplikasi WhatsApp anda setiap kali anda keluar aplikasi. Anda boleh pilih untuk ia dikunci selepas 1 minit, 15 minit atau sejam.

  • WhatsApp > Settings > Privacy > App lock > Aktifkan ‘Unlock with biometrics’

5. Jangan muat turun fail APK

Sangat mustahak untuk anda tidak sesekali muat turun fail .apk daripada pautan luar. Jika anda pasang fail ini, ia mampu membaca SMS dan mencuri OTP/TAC bank anda. Hanya muat turun aplikasi dari App Store atau Play Store sahaja.

Ingat, hanya muat turun aplikasi di App Store dan Play Store sahaja.

Langkah tambahan

Langkah-langkah tidak wajib anda lakukan, namun dapat menambah baik keselamatan akaun anda.

Hidupkan Passkey

Fungsi ini menggantikan kod SMS TAC dengan cop jari atau Face ID anda. Jika scammer cuba log masuk akaun anda di telefon mereka, mereka akan gagal kerana sistem memerlukan pengesahan biometrik anda secara fizikal.

Risiko: Passkey disimpan di Google Password Manager atau iCloud Keychain. Jika telefon hilang dan anda lupa kata laluan e-mel, anda mungkin sukar akses semula akaun.

  • WhatsApp > Settings > Account > Passkeys > Create a passkey

Hidupkan ‘Strict account settings’

Bila diaktifkan, ia automatik sekat attachment dan media daripada nombor tak dikenali, senyapkan panggilan daripada nombor asing, matikan link preview, lindungi alamat IP dalam panggilan dan sekat mesej berjumlah tinggi daripada penghantar tak dikenali.

  • WhatsApp > Settings > Privacy > Advanced > Aktifkan ‘Strict account setting’

{suggest}

Kesimpulan

Foto oleh Amsyar

Paling mustahak, jangan sesekali kongsi OTP dengan sesiapapun kerana itulah kunci penting untuk penggodam mengakses akaun anda.

Selain itu, jangan lupa juga untuk masukkan alamat emel di tetapan Account untuk memudahkan anda pulihkan akaun jika ada isu.

Dengan langkah-langkah ini, insya-Allah semakin rendah risiko akaun WhatsApp anda untuk digodam atau diakses pihak lain.

Jika ada petua tambahan, jangan segan silu kongsikan di ruangan komen.

{suggest}

The post 5 Langkah Wajib Untuk Elak Akaun WhatsApp Digodam appeared first on WISER.MY.

]]>
380760