Terdapat beberapa cara bagi mempercepatkan pengecasan peranti anda dan mungkin bukan tertakluk untuk peranti Apple sahaja. Cas peranti tersebut dengan skrin tertutup. Barangkali anda pernah mendengar tentang cara ini dan mungkin sebahagian anda tidak pernah terfikir untuk melakukannya.
Ujian pengecasan ini telah dilakukan oleh David Cogen dari Digital Trends dan mendapati keputusan ujian itu lebih baik jika peranti dicas itu ditutup skrin nya. Dia menggunakan peranti iPhone 8 dan berikut adalah hasilnya:
Selepas 15 minit
- Pengecasan Cepat Bersama WiFi: 25%
- Pengecasan Cepat Bersama Mod Airplane: 25%
- Pengecasan Cepat Bersama Skrin Tertutup: 27%
Selepas 30 minit
- Pengecasan Cepat Bersama WiFi: 47%
- Pengecasan Cepat Bersama Mod Airplane: 47%
- Pengecasan Cepat Bersama Skrin Tertutup: 50%
Selepas 60 minit
- Pengecasan Cepat Bersama WiFi: 79%
- Pengecasan Cepat Bersama Mod Airplane: 79%
- Pengecasan Cepat Bersama Skrin Tertutup: 82%
Didapati pengecasan bersama skrin yang tertutup boleh memaksimakan masa pengecasan anda dan jika peranti ditutup sepenuhnya, pasti keputusan yang dicapai pasti lebih baik. Diingatkan juga yang iPhone 8 mempunyai fungsi pengecasan cepat dan mungkin berlainan dari peranti anda.
Sumber
Berkaitan
- Galaxy S9 Terjual Lebih Dari 8 Juta Unit Sebulan
- Satu Ujian Mengesahkan Yang 2 Jenis Model iPhone X Mungkin Berbeza Dari Segi Kelajuan Data LTE
- Samsung Galaxy A7 (2018) Memunculkan Diri Di Geekbench
- iPhone X Memerlukan RM 1509.79 Untuk Kos Pembuatan
- Apple Nak Buat Konsol Permainan Mudah Alih
- Saman Apple: Menuduh Qualcomm Mengamalkan Model Bisnes Tidak Sah
- Ulat Mula Menjual Peranti iPhone X Di Jalanan Hong Kong
- PUBG Mobile v0.8.0 Tampilkan Peta, Kenderaan Baharu
- Pekerja Apple Mohon Tim Cook Kecam Keganasan Terhadap Palestin
- CEO Apple Tim Cook Menjual Saham Apple Berjumlah RM 184 Juta