Tips Dan Cara Guna Peranti Huawei dan Honor Tanpa Servis Google

Kepada anda yang memiliki peranti HONOR atau Huawei tanpa servis google jangan risau, ada beberapa cara dan tips untuk anda menggunakannya seperti biasa.

Pengalaman Guna HONOR 9X Pro


Sebelum itu, saya nak bercerita pengalaman menggunakan HONOR 9X Pro sebagai peranti harian selama lebih 2 minggu.

Pada tanda harga RM999, HONOR 9X adalah antara pilihan kelas pertengahan yang paling berbaloi anda boleh dapat di pasaran ketika ini.



Dikuasakan dengan cip Kirin 810, RAM 6GB dan storan 256GB, penggunaan harian seperti sosial media dan pelayaran di internet memang tiada masalah. Gaming hanya boleh ditetapkan pada grafik bersederhana untuk mendapatkan frame rate yang stabil.Kamera juga adalah memuaskan dengan penghasilan gambar yang terang dan jelas. Kontras dan saturasi warna yang pekat.

Seperti yang telah diketahui, HONOR 9X Pro hanya bergantung kepada Huawei AppGallery untuk saya memuat turun sebarang aplikasi ke dalam peranti.

Ada Apa Dalam Huawei AppGallery?


Huawei sebenarnya sudah lama mencipta ekosistem mereka sendiri. Dengan ketiadaan servis Google, Huawei mengambil kesempatan ini untuk mengimplementasi sepenuhnya ekosistem sendiri untuk peranti-peranti mereka.

Untuk Google Chrome, mereka menggantikannya dengan Huawei Browser. Untuk Google Drive mereka gantikan dengan Huawei Mobile Cloud dan sebagainya.



Namun apa yang saya perasan, banyak lagi aplikasi lain yang perlu disertakan di dalam Huawei AppGallery yang menggantikan Google Playstore. Platform sosial media terbesar seperti Facebook, Instagram dan Twitter masih tidak tersedia di dalamnya.



Malah, limitasi aplikasi perbankan dan permainan juga membuatkan saya ragu-ragu tentang kebergantungan kepada Huawei AppGallery terutamanya di Malaysia yang rata-rata pengguna sudah biasa dengan Google Playstore.

Namun, dapat dilihat Huawei berusaha untuk membawakan lebih banyak aplikasi untuk pengguna mereka ke dalam Huawei AppGallery seperti contoh aplikasi peta HERE WeGo untuk menggantikan Google Maps

Aplikasi kegemaran tiada di dalam Huawei AppGallery jangan risau, ikut sahaja langkah-langkah si bawah.


Jika anda pengguna lama peranti Huawei atau HONOR, anda boleh memindahkan semua data ke peranti baru menggunakan aplikasi Phone Clone.



Semua aplikasi dapat di pasang semula ke peranti baru termasuklah aplikasi yang tidak ditawarkan di dalam Huawei AppGallery.

Tetapi aplikasi dari Google seperti Gmail, Youtube dan sebagainya masih tidak dapat dipindahkan.

Harus diingatkan, jika anda memindahkan dari peranti yang bukan dari HONOR atau Huawei, tidak semua aplikasi boleh dipindahkan.

Tips seterusnya jika langkah Phone Clone tidak berkesan, anda boleh memuat turun aplikasi melalui AppStore pihak ketika (File APK).



Di dalam peranti Huawei atau HONOR sudah tersedia beberapa pilihan AppStore pihak ketiga seperti Apptoide, APKPure, APKMonk dan sebagainya.

Di situ anda boleh memuat turun aplikasi kegemaran seperti biasa. Bagi aplikasi WhatsApp, untuk melakukan sandaran (back up) tanpa Google, ikuti langkah di bawah ini.

  1. Pertama, anda perlu muat turun aplikasi WhatsApp pada peranti HONOR atau Huawei terlebih dahulu.

  2. Pada aplikasi WhatsApp di peranti lama anda, pergi ke Setting > Chat > Chat backup.

  3. Kemudian, tekan pada Backup to Google dan pilih Never serta tekan backup.

  4. Pergi ke Files > Internal Storage > WhatsApp > Databases

  5. Seterusnya, pilih fail terakhir dalam Databases (db.crypt.12) dan hantar ke peranti baru Huawei atau HONOR melalui Bluetooth atau sambungan WiFi.

  6. Pada peranti baru anda, pergi ke Setting > Apps > WhatsApp > Permission > Storage. Pilih pada pilihan Allow.

  7. Akhir sekali, pergi ke Internal Storage > WhatsApp > Database > dan semak jika terdapat fail db.crypt.12 di bahagian ini. Setelah itu, anda telah boleh log masuk WhatsApp pada peranti baru dengan semua data telah sedia disandarkan dari peranti sebelumnya.


Sejauh mana keselamatan AppGallery?


HUAWEI AppGallery merupakan pasaran aplikasi pertama di dunia yang menggunakan sistem pengesahan identiti pembangun, juga dilengkapi mekanisma pengesanan empat lapisan untuk memastikan keselamatan aplikasi, serta pemeriksaan pasca-pelancaran aplikasi dan mekanisma untuk maklum balas pengguna.

Pengesanan empat lapisan tersebut merangkumi pengimbasan kerentanan keselamatan, pemeriksaan privasi, pengesanan tingkah laku yang berunsur jahat dan pemeriksaan keselamatan nama sebenar secara manual, untuk memastikan aplikasi selamat sepanjang proses berlangsung.

 

 

Berkaitan