Tips Dalam Membeli Telefon Pintar Terpakai

Antara sebab mengapa orang ramai memilih untuk membeli barang terpakai adalah untuk memiliki barangan tersebut pada harga yang lebih rendah dari sepatutnya.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda membeli barangan tersebut.

Anda bernasib baik kerana kami sudah mengumpul beberapa tips terbaik untuk anda fikirkan sebelum membuat pembelian.

Membeli Telefon Pintar Refurbished

Ini merupakan telefon pintar terpakai yang terbaik yang boleh anda dapatkan.

Refurbished bermaksud telefon itu telah dihantar semula ke pengeluar untuk proses baik pulih.

Mereka akan menguji dan selalunya akan menyertakan sekali warranti selepas anda membeli telefon pintar itu.

Sebagai contoh, iPhone yang di refurbished akan digantikan bateri yang baru, rangka yang baru dan juga kotak yang lengkap dengan aksesori yang biasa anda dapat semasa membeli telefon pintar yang baru.

Jika berkesempatan, belilah secara terus dengan pengeluar untuk mendapatkan jaminan yang dari pengeluar itu sendiri.

Untuk membeli secara terus daripada pengeluar, sila layari pautan di bawah

Apple

Samsung

Membeli Telefon Pintar Pra-Milik

Satu tahap kebawah dari telefon pintar refurbished ialah kategori telefon pintar pra-milik.

Sekali lagi telefon ini akan diuji dan telah di reset.

Mereka lebih murah dari telefon refurbished tetapi keadaannya tidaklah sebaik refurbished.

Telefon ini mungkin mengalami kerosakan kosmetik atau pengunaan wear and tear.

Mereka juga tidak semestinya datang di dalam kotak baru dan dengan aksesori yang penuh.

Periksa dulu dengan kedai yang dibeli tentang keadaan telefon dan juga warranti yang ditawarkan.

Membeli Telefon Pintar Terpakai

Tawaran terbesar yang boleh anda dapat adalah di dalam kategori ini tetapi ada risiko yang tinggi dalam membeli telefon terpakai ini.

Anda mungkin boleh memiliki telefon flagship tahun lepas dengan harga runtuh namun anda juga boleh mendapat barangan yang tidak tahan lama dengan tiada cara untuk mendapatkan ganti rugi.



Anda juga dinasihatkan uintuk meminta gambar telefon pintar yang hendak dijual oleh penjual dan memilih penjual yang mendapat rating positif.

Jika menggunakan laman jualan seperti Shopee atau Lazada, pastikan telefon yang hendak dibeli dilindungi oleh sebarang program ganti balik.

Dan untuk penjual yang anda akan berjumpa secara berdepan, bawa seorang rakan yang dipercayai yang mempunyai sedikit pengetahuan dalam telefon pintar yang ingin dibeli.

Pastikan Harga Jualan Masuk Akal

Anda sepatutnya melakukan sedikit kajian tentang telefon yang anda ingin beli dari segi harga yang ditawarkan di pasaran.

Menjadi sesuatu yang agak ganjil jika harga yang ditawarkan jauh lebih rendah dari apa yang sepatutnya dijual di pasaran.

Oleh itu dengan sedikit kajian anda mungkin boleh mengelakkan diri dari terlibat dengan urusan jual beli yang merugikan anda.

Adakah Telefon Pintar Sudah Factory Reset

Pastikan telefon pintar yang dibeli sudah bersih dari segala maklumat termasuk maklumat pemilik sebelum ini.

Jika tidak, anda mungkin akan mengalami masalah menggunakan peranti kerana tidak dapat log masuk kerana tidak di factory reset.

Periksa Samada Telefon Pintar Tidak Mengalami Kerosakan Fizikal

Anda mungkin mahu memeriksa telefon yang ingin dibeli jika terdapat kerosakan fizikal lebih-lebih lagi kerosakan melibatkan air.

Jika terdapat kerosakan-kerosakan yang dinyatakan, dinasihatkan agar tidak meneruskan niat untuk membeli peranti tersebut.

Uji Peranti Tersebut



Apabila peranti itu dapat di tangan anda, pastikan anda terus mencubanya serta-merta.

Masukkan kad SIM dan periksa samada peranti berfungsi secara normal.

Selepas itu, cuba cas peranti tersebut dan menguji headphone jack (jika ada).

Anda patut lebih berhati-hati dengan masalah bateri terutamanya untuk peranti yang berusia lama.

Ini kerana bateri boleh merosot untuk tempoh masa yang lama dan sukar untuk berfungsi lebih baik selepas itu.