Tips "Business Marketing" Menggunakan Whatsapp

Kepada anda yang baru berjinak - jinak dalam bidang perniagaan adalah sangat penting untuk anda menyimpan segala maklumat berkenaan pelanggan yang telah membeli produk atau perkhidmatan yang anda pemasaran untuk tujuan marketing dikemudian hari.

Selain penggunaan Facebook dan pembangunan laman sesawang, anda juga boleh membuat pengiklanan produk anda dengan berkesan menggunakan aplikasi Whatsapp. Kaedah yang kami maksudkan ialah penggunaan aplikasi Broadcast yang tersedia pada Whatsapp.

Berbeza dengan fungsi Group, yang mana kaedah Broadcast akan menjadikan proses penyampaian maklumat tentang produk akan menjadi lebih efektif.

Kepada anda yang masih belum tahu, berikut langkah - langkah untuk menetapkan senarai Broadcast

Pertama sekali klik pada menu Broadcast list



Pada bahagian bawah klik pada menu New List



Pilih senarai Contact pelanggan yang telah anda simpan untuk dimasukkan ke senarai Broadcast.



Selesai, jangan lupa untuk masukkan nama yang sesuai untuk senarai tersebut.



Maka sekiranya terdapat promosi dan info lain berkenaan produk, boleh sahaja anda hantar terus menggunakan senarai tersebut, maklumat akan sampai dalam bentuk mesej peribadi.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripda kami kali ini, semoga bermanfaat

Berkaitan