Tips Bermain "Online Game" Tanpa "Lag"

Memang seronok bermain permainan atas talian seperti Dota, Overwatch, Cs go dan sebagainya. Apa yang menyebabkan keseronokan kita terganggu ialah apabila sesi permainan kita dihantui oleh masalah "Lag". Masalah ini bukan lagi asing kepada pemain-pemain permainan atas talian, lebih-lebih lagi untuk anda yang berkongsi internet dirumah.



Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah "lag" ketika bermain permainan atas talian. Ikuti sahaja langkah-langkah mudah berikut.

Langkah 1

Muat turun dan pasang aplikasi "Net Limiter" terlebih dahulu. Boleh sahaja guna pautan dibawah.

Net limiter


Langkah 2

Tekan kekunci "Ctrl + Alt + Del", seterusnya buka "Task Manager". Kemudian klik tab "Details". Cari permainan atas talian yang sedang anda mainkan. Klik kanan pada permainan tersebut kemudian pilih "Set Priority" dan "High".



Langkah 3

Buka apliaksi Net limiter yang anda pasang tadi, pilih pemainan atas talian yang sedang anda mainkan kemudian ubah "prioriti" kepada "high". Selesai, maka dengan itu permainan atas talian yang anda mainkan tiada lagi masalah "lag", ini kerana ianya sudah diberikan keutamaan oleh sambungan internet berbanding dengan tugas-tugas lain dalam PC anda.



Sekiranya masalah tersebut masih lagi berlaku, ianya mungkin disebabkan oleh sambungan internet anda yang perlahan ataupun masalah luaran seperti gangguan hujan dan lain-lain. Itulah serba sedikit tips ringkas daripada kami, semoga bermanfaat.