Tips Beli Kabel Berkualiti Untuk Mengelakkan Peranti Mudah Rosak

Mengapa perlu membeli kabel yang berkualiti berbanding kabel yang lebih murah? Bagi anda yang belum tahu, penggunaan kabel adalah berkait dengan pemindahan kuasa (power transmission) di mana ia sangat penting bagi mengelakkan peranti anda mudah rosak dan tahan lebih lama.

Mungkin juga ada yang tidak kisah mengenai perkara ini. Namun, bagi pengguna yang memiliki peranti yang tiada authorized support di Malaysia, tiada apa yang boleh dilakukan jika peranti tersebut rosak. Untuk lebih mudah difahami, jika voltan yang diterima adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah, ia berpotensi untuk merosakkan perkakasan peranti kerana pemindahan arus yang salah.

Ia pernah terjadi kepada Benson Leung yang juga merupakan jurutera Google. Kuasa yang diterima oleh Chromebook miliknya adalah berlebihan dan menyebabkan perkakasan tersebut 'hangus'. Jadi, dengan menggunakan kabel yang berkualiti adalah salah satu cara untuk mengelakkan peranti mudah rosak dan mengekalkan ketahanan peranti tersebut.

Tahu berapa arus dan watt yang diperlukan




Pengecasan pantas bergantung kepada teknologi pengeluar. Namun, kebanyakannya memilih jenis kabel 3A di mana ia mampu menyokong sehingga pengecasan 60W. Bagi kabel untuk tablet atau iPad, adalah lebih sesuai memilih kabel 5A yang menyokong sehingga 100W.

Pilih jenama berbanding warranty


Kabel Berkualiti

Untuk memilih kabel yang berkualiti, memilih jenama yang baik adalah lebih diutamakan berbanding warranty  yang lama. Ini kerana, warranty hanya akan melindungi kabel tersebut dan bukan peranti itu sendiri. Pernah anda bayangkan jika peranti anda rosak disebabkan kabel yang tidak bagus, apa gunanya warranty tersebut?

Antara jenama terbaik untuk membeli kabel adalah seperti Anker, Tronsmart, Belkin dan Aukey. Adalah dinasihatkan untuk elakkan membeli jenama seperti Inkax di mana kepala pengecasan pernah meletup semasa mengecas melalui powerbank. Selain itu, semua jenama yang terdapat di Mr. DIY dan Miniso yang kebanyakannya tidak serasi dengan peranti.

Pilih kabel jenis nylon braided


Pemilihan kabel jenis nylon braided adalah lebih baik berbanding kabel jenis biasa. Walaupun ia tidak memberi kesan kepada prestasi kabel tersebut, tetapi ia mempunyai ketahanan yang lebih lama berbanding kabel biasa dengan material getah yang mudah rosak dan terpotong.

Bagi penggunaan yang memerlukan banyak pergerakan, kabel jenis ini lebih diperlukan kerana material luarannya yang lebih tahan lama untuk penggunaan berat. Namun, ia bergantung kepada penggunaan anda.

Sumber: Twt Bajet

Berkaitan