Tips Bagaimana Mahu Dapatkan Bunyi Terbaik Bagi Pembesar Suara Di Rumah

Sebahagian daripada kita mahu menghabiskan hujung minggu mereka keluar bersiar-siar bersama keluarga sementara yang lain lebih gemar duduk dihadapan TV menonton filem kegemaran. Menikmati skrin TV luas terbentang dengan warna serta paparan yang cukup perinciannya, mungkin tidak lengkap tanpa sistem pembesar suara bagi memberikan pengalaman menonton lebih mendalam. Mahukan keadaan terbaik ketika menonton TV? Boleh cuba ikuti tips ini.

Kedudukan anda duduk

Nampak macam remeh tetapi jarak ketika menonton dan dimana anda letakkan sistem pembesar suara  merupakan salah satu faktor untuk dapatkan pengalaman menonton yang lebih baik.



Sudah pasti kedudukan terbaik sofa adalah berada ditengah-tengah berhadapan dengan TV. Sekiranya anda mempunyai sistem pembesar suara 7.1 (7 pembesar suara), jarakkan sofa sekurang-kurangnya 1 kaki dari dinding belakang untuk meletakkan pembesar suara kiri dan kanan pada bahagian itu. Ini bagi memastikan bunyi bass yang dihantar lebih enak di telinga.

Bagi jarak tontonan dari TV,  ambil contoh anda mempunyai TV berukuran 32 inci, jarak terbaik adalah antara 1.2m ke 2m, 40 inci antara 1.5m ke 2.5m atau anda boleh saja kira ukuran paparan dan darabkannya dengan 2. Contoh: 40 inci x 2 = 80inci (2m).



Mungkin anda rasa terlalu rapat, tetapi TV moden dengan resolusi seperti 1080p ditonton pada jarak tersebut mampu berikan anda lebih keseronokan ketika menonton berbanding TV di zaman kita kecil dahulu. Namun ini hanyalah sekadar panduan dan terpulang kepada anda tentang jarak yang dirasakan lebih selesa.

Susun atur pembesar suara

Ok sekarang anda sudah duduk pada jarak yang sesuai, kini tiba pada bahagian peletakkan pembesar suara. Jika anda memiliki soundbar, letakkan betul-betul ditengah. Sementara itu, jika anda mempunyai tiga pembesar suara berasingan, satu letak dibawah TV dan dua lagi pada kiri dan kanan menghala ke arah titik terbaik (sweetspot) pada kawasan yang anda duduk. Talaan pembesar suara pula berada pada sudut diantara 20 darjah ke 30 darjah. Pastikan juga tiada objek seperti susunan majalah atau apa jua barangan yang menjadi penghalang antara anda dengan pembesar suara bagi bunyi yang lebih baik.



Ruang TV anda bergema?

Adakah ruang TV anda bergema? Cuba anda berdiri ditengah ruang tersebut dan tepuk tangan. Jika anda dengar bunyi tepukan seperti bergema, berkemungkinan terdapat banyak ruang dinding serta pintu/tingkap kaca yang terdedah.



Bahagian-bahagian ini akan memantulkan bunyi dan jika terlalu bergema, ia akan mengganggu pengalaman audio anda. Untuk kurangkannya, letakkan saja langsir,karpet, perhiasan mahupun perabot disekitar ruangan tersebut.



Anda masih tidak berpuas hati dengan sistem audio sedia ada atau masih belum memiliki sebarang pembesar suara dan berhajat untuk menyambar mana-mana model di pasaran? Panasonic Malaysia mungkin ada jawapan untuk anda dengan 5 model dibawah.



Datang daripada keluarga Urban Audio, kelima-lima model ini mempunyai ciri sama iaitu sambungan tanpa wayar menerusi Bluetooth, memudahkan anda mengaksesnya menerusi komputer mahupun telefon pintar.

 

SC-UA7



Dimulakan dengan  SC-UA7 yang mempunyai reka bentuk Hexa-Cylinder untuk mengurangkan hingar (noise) dengan kuasa 1700W (RMS). Rekaan ini dikatakan bertujuan mengurangkan pantulan audio yang berulang dan ia diisi dengan 4 unit tweeter (4cm), 4 unit woofer (8cm) serta 2 unit Super Woofer (16cm) disebelah bawah menghadap depan dan belakang.



Bagi yang gemarkan karaoke,  model  SC-UA7 menyediakan ciri tersebut dengan tetapan seperti kawalan suara, tempo dan lain-lain lagi. Prestasi menakjubkan mampu diberi, memenuhi ruangan sekeliling hingga 180' darjah.

Melalui aplikasi Max Juke, anda boleh memainkan muzik dari telefon pintar dengan beberapa sentuhan selain mengubah tetapan audio bersesuaian dengan nafsu telinga. Pasang saja lagu keras seperti Hateful Design, petikan gitar Far Beyond the Sun dari Yngwie, alunan merdu Roslan Madun, SC-UA7 mengeluarkan audio terbaik tanpa mengira apa jua jenis lagu kegemaran anda.

Seperti yang boleh dilihat pada imej, Panasonic menawarkan beberapa jenis port sambungan bersesuaian dengan gaya hidup pengguna masa kini.

 

SC-UA90



Seterusnya adalah model SC-UA90 yang mempunyai rekaan Hexa-Cylinder sama seperti SC-UA7  beserta konfigurasi kotak berasingan. Mid dan treble diasingkan daripada bass bagi menghindarkan gangguan untuk vokal yang lebih jelas.



Bahagian atas ditempatkan dengan 4 unit tweeter (6cm) dan 4 unit woofer (8cm) sementara dibawah dilengkapi 4 sistem pembesar suara 2 hala terdiri daripada 2 unit x Super Woofer (20cm) yang ditala kehadapan serta belakang. Anda pasti tidak akan kecewa dengan alunan bass yang disalurkan dengan ciri AirQuake Bass pada SC-UA90. Pembesar suara ini juga mampu menyokong kuasa sehingga 2000W (RMS), memberikan lagi bunyi lebih lantang dan dihantar ke segenap ruang pada sudut 180 darjah.

Kawalan fungsi menggunakan paparan sentuhan pada bahagian atas dan ia boleh dikawal melalui aplikasi Panasonic Max Juke pada telefon pintar. Aplikasi tersebut membolehkan anda membuka YouTube, radio, serta mengubah tetapan audio yang lain.

Antara spesifikasi yang dilengkapkan pada SC-UA90 adalah memori dalaman 4GB, format MP3, muzik dimainkan menerusi menerusi Bluetooth, 2x USB, CD, Radio,  AUX-IN dan input optikal bagi sambungan ke TV. tetapan lebih kurang sama juga boleh didapati pada SC-UA7.

 

SC-UA30



Letak saja didalam bilik, ruang tamu, mahupun ditengah laman asalkan tidak mengganggu jiran, audio yang keluar tidak menghampakan. Menawarkan sudut talaan audio sehingga 180 darjah, 6 unit pembesar suara gabungan antara 4 unit tweeter 4cm dan 2 unit woofer 13cm sudah mampu menggetarkan jiwa. Ia menyokong kuasa 300W (RMS).



Turut dihadirkan dengan ciri AirQuake Bass bagi bunyi bass yang lebih padu, SC-UA30 juga mempunyai ciri karaoke. Mempunyai 2 bicu mikrofon, memudahkan anda menikmati karaoke secara duet bersama rakan. Pelbagai fungsi lain disediakan seperti kawalan Tempo, Mic EQ, dan kawalan tahap BGM.

 

SC-UA3



Jika anda mahukan pembesar suara yang mudah alih, SC-UA3 mungkin sesuai dimiliki. Reka bentuknya mempunyai pemegang memberi keupayaan kepada anda mengusungnya ke sana dan ke mari.

Mampu menghasilkan bunyi lantang, jelas yang boleh dimainkan terus dari mana-mana sumber audio seperti USB, CD dan Bluetooth. Ia direka untuk menyampaikan audio dengan lebih luas walaupun pada suasana yang padat.



Pada kanan dan kiri pembesar suara setiap satunya diletakkan dengan 2 unit tweeter 4cm bersama-sama dengan 1 unit woofer 13cm. Kedudukan itu berupaya menyampaikan bunyi pada tahap maksimum walaupun hanya bersaiz kecil berbanding model lain.

Kawalan fungsi dibuat pada butang fizikal dengan rekaan bulat bercahaya biru, memberikan imej kemas dan ringkas pada pembesar suara ini. Menjanjikan audio yang memenuhi ruang bilik anda, ia datang dengan sokongan kuasa sehingga 300W (RMS).

 

SC-UX100



Model terakhir sekali dalam keluarga Urban Audio. Sokongan kuasa 300W, SC-UX100 boleh menghasilkan bunyi seimbang secara keseluruhan. Setiap satu pembesar suara dilengkapi dengan 1 unit woofer 13cm dan 1 unit tweeter 5cm.



Seperti model-model diatas, cahaya biru dari LED menghiasi pada pelaras kelantangan bunyi. Maksimakan keseronokan anda dengan pelbagai genre muzik seperti rock, salsa dan banyak lagi melalui tetapan yang disediakan.

Menariknya juga, terdapat mod Football yang boleh digunakan ketika menonton perlawanan bola sepak di TV. Melihat kelibat Aubameyang menjaringkan gol di TV diikuti jeritan pengulas keluar dari corong pembesar suara ini pasti menjadi suatu pengalaman yang mengasyikkan.

Navigasi fungsi dibuat menggunakan butang fizikal yang tersusun dan sama seperti yang lain, ia boleh dikawal secara tanpa wayar melalui alat kawalan yang diberikan atau menerusi akses Bluetooth pada peranti pintar.



Diantara kelima-lima, pastinya dua model yang menjadi pilihan kami adalah SC-UA7 dan SC-UA90. Ia berjaya menambat hati bukan sahaja dengan audio yang dihasilkan tetapi ciri yang dibawanya. Kawalan fungsi dari telefon pintar, ciri karaoke, getaran bass dokongan AirQuake Bass boleh membuatkan tumit anda dihentak-hentak ke lantai melayan lagu kegemaran.

SC-UA7 dipasarkan di Malaysia pada harga RM1935, SC-U90 berharga RM2299, SC-UA3 berharga RM1119, SC-UA30 berharga RM899 dan SC-UX100 pula berharga RM609.

Namun begitu, bermula pada 23 Ogos 2019 sehingga 30 September 2019, empat model diatas  boleh dimiliki pada harga promosi yang lebih murah seperti dibawah;

  • SC-UA7 - RM1599

  • SC-UA30 - RM699

  • SC-UA3 - RM799

  • SC-UX100 - RM499


Gunakan kod promo UA2019 untuk dapatkan tawaran harga terendah ini. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai promosi yang dijalankan ini boleh layari laman rasmi Panasonic Malaysia. Jadi mana satu pembesar suara yang menjadi pilihan hati anda?