Tips Agar Iklan Di Facebook Lebih Berkesan

Kepada anda yang sedang berjinak - jinak dalam bidang perniagaan, pastinya agak sukar untuk ianya dikenali sekiranya tiada Marketing atau pemasaran yang betul. Apapun, diera siber dan media sosial ini, senario pemasaran sudah banyak berubah, ianya tidak lagi sukar dan memerlukan kos yang tinggi seperti diera surat khabar dan televisyen.

Facebook merupakan salah satu platform yang sangat terkenal dan berkesan untuk anda memulakan pengenalan produk yang atau premis perniagaan anda. Namun begitu, dengan target dan tetapan yang tidak betul boleh menyebabkan iklan anda kurang mendapat capaian oleh netizen dan pengguna Facebook yang lain.

Berikut kami kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba untuk mempastikan pengiklanan di Facebook agar lebih berkesan.

 

1. Pertama sekali pastikan pada post yang anda ingin iklankan tersebut tiada gambar yang mempunyai ayat yang panjang, kalau boleh pastikan tiada langsung tertulis ayat pada gambar. Kerana kadai capaian akan semakin berkurangan sekiranya terdapat banyak ayat pada gambar yang digunakan.

Sekiranya ingin memasukkan ayat, bolehlah masukkan pada ruangan status pada bahagian atas.

 

2. Setelah memasuki menu Boost Post, jangan terus aktifkan iklan, pastikan anda buat tetapan pada bahagian Audiance nya terlebih dahulu. Bahagian ini sangat penting kerana ia akan menentukan agar iklan anda disasarkan kepada kelompok yang betul.



 

3. Pada menu Audiance, tentukan julat umur, jantina dan minat kelompok yang ingin disasarkan iklannya. sebagai contoh, kalau anda ingin menjual tudung adalah kurang tepat sekiranya disasarkan kepada lelaki.



 

4. Setelah klik pada menu Edit location seperti gambar diatas, menu ini boleh anda gunakan sekiranya anda berhajat untuk mengiklankan premis perniagaan atau perkhidmatan kepada kawasan yang anda ingin sahaja. Sebagai contoh perniagaan yang melibatkan perkhidmatan gunting rambut, adalah satu pembaziran sekiranya sasaran iklan dibuat kepada pelanggan yang berada di kawasan yang jauh ataupun berlainan negeri.



dengan fungsi ini anda akan dapat menentukan radius ataupun julat jarak kilometer yang sesuai dengan premis perniagaan anda agar kos pengiklanan dapat dimaksimumkan kepada penduduk sekitar premis sahaja.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan