Tingkatkan Kelajuan Komputer Peribadi Anda Sendiri Dengan Tiga Langkah Mudah

Operasi komputer peribadi anda terlalu perlahan? Ia tentunya memberi anda tekanan terutama sekali apabila anda mempunyai tugasan yang perlu disiapkan dalam kadar yang segera. Proses yang lambat pada komputer biasanya dikaitkan dengan ruang kosong pada cakera keras peranti selain daripada prestasi RAM dan unit pemprosesannya.

Namun, kadang kala peranti masih lagi beroperasi dengan perlahan walaupun setelah anda mengosongkan ruang simpanan pada cakera keras anda. Jangan khuatir, kami akan bantu anda bagi meningkatkan kelajuan operasi komputer dengan langkah-langkah mudah di bawah.

(Demonstrasi ini dilakukan dengan menggunakan sistem operasi Windows 7)

1. Klik pada Start Menu, cari dan pilih Disk Defragmenter



2. Setelah paparan di bawah muncul pada skrin anda, pilih setiap satu daripada pemacu yang dipaparkan dan klik Analyze. Tunggu sehingga sistem selesai menganalisa pemacu anda.



3.Selepas proses menganalisa selesai, pilih pemacu dan klik pada Defragment disk untuk memulakan proses pengurusan semula pemacu dimulakan. Tunggu sehingga selesai dan tekan Close.

Selepas selesai melakukan tiga langkah mudah ini, anda akan dapati peranti anda akan beroperasi dengan lebih pantas daripada sebelumnya. Selamat mencuba semua!

Berkaitan