Tingkat Ketepatan Navigasi Di Dalam Terowong Dengan Waze Beacon





Sukar membaca arah aplikasi Waze ketika berada di dalam terowong? Waze Beacon merupakan jalan penyelesaian kepada masalah ini. Ramai yang sedar liputan GPS sangat terhad sewaktu kenderaan bergerak di dalam terowong dan dengan itu Waze tampil dengan alat yang mampu melancarkan perjalanan kita.



Waze Beacon merupakan alat pengawal mikro berkuasa rendah yang dipasang pada dinding terowong. Dikuasakan oleh teknologi Eddystone Beacon, ia secara konfigurasi spesifik akan menghantar mesej terus kepada telefon pintar atau tablet menerusi bluetooth. Bluetooth digunakan sebagai jalan alternatif kepada isyarat GPS yang rendah di dalam terowong.



Walaupunbegitu, Waze Beacon ini perlu lah disediakan oleh pihak yang mengendalikan terowong serta jalan raya untuk dinikmati pengguna. Diharap pihak berwajib dapat menyediakan alatan ini dimana rata-rata pengguna jalan raya di Malaysia menggunakan aplikasi navigasi tersebut dalam perjalanan mereka.



Sumber: Tech Crunch

Berkaitan