Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proklamasi Darurat

Tingkat Kelajuan Internet Guna Booster Atau Repeater Selular Boleh Dikenakan Denda

Diterbitkan Januari 10, 2021 oleh Amsyar Latif

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memuat naik kenyataan di mana mereka menyatakan peningkatan kes gangguan spektrum yang melibatkan Booster atau Repeater Selular (CBR) yang tidak mematuhi piawaian.

Jika anda tidak tahu, CBR adalah alat rangkaian mudah alih untuk menambahkan kekuatan isyarat daripada pemancar dan juga telefon pintar.

Namun, penggunaan alat yang tidak mematuhi piawaian ini akan menyebabkan gangguan terhadap kualiti rangkaian selular dan jalur lebar mudah alih.

Oleh yang demikian, SKMM mengingatkan agar orang ramai mendapatkan CBR daripada penyedia perkhidmatan secara sah dan bukan dari pihak yang tidak berdaftar.

MCMC: Pengguna Berhak Dapat Kualiti Perkhidmatan Terbaik

Dalam pada itu, SKMM turut mengeluarkan garis panduan kepada orang ramai yang ingin membuat pembelian, penggunaan dan pemilikan booster atau repeater selular.

Kegagalan mematuhi garis panduan ini, anda boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998  atau Peraturan 16 di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000 yang juga denda boleh dikenakan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambahan lagi, orang ramai perlu membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan sekiranya mengalami masalah liputan dan jika tidak berpuas hati, boleh terus melaporkan kepada pihak SKMM.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY