Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Timex Pac-Man T80 Dilancarkan Semula Untuk Keluaran Global

Posted on Julai 7, 2020

Timex mengeluarkan kembali jam tangan Pac-Man T80 setelah debut akhir tahun lalu. Hari ini, 7 Julai, jam tangan ini dikeluarkan di Amerika Syarikat dalam tiga warna iaitu emas, perak, dan hitam.

jam tangan timex pac-man t80

Pac-Man T80 secara langsung diilhamkan oleh permainan arked 1980-an, lengkap dengan grafik bertema arked. Jam tangan yang tahan air sedalam 30 meter ini menggabungkan gelang keluli tahan karat bersama paparan berbentuk segi lapan selebar 34mm. Muka jam ini pula menampilkan paparan tarikh, pemasa, jam randik, penggera yang memainkan melodi Pac-Man asli, dan lampu latar Indiglo. 

https://www.instagram.com/p/CB_BzEOB2yr/?utm_source=ig_web_copy_link

Timex melancarkan Pac-Man T80 dengan harga US$80 (~RM342) di Amerika Syarikat melalui Timex.com, diikuti dengan pelancaran global pada bulan Ogos nanti.
Sumber: Hypebeast

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress