Kita boleh lihat pakej-pakej baru mula diperkenalkan syarikat pengendali rangkaian.
Menyusuli kenyataan media dari SKMM, TIME turut mengeluarkan kenyataan berkenaan pakej baru yang ditawarkan.
Dalam kenyataan tersebut, TIME juga menyebut faktor mengapa mereka tidak menawarkan perkhidmatan dikawasan perumahan teres. Menurut TIME, pihak mereka tidak mempunyai kebenaran untuk menanam tiang dan atau mendapatkan akses kepada tiang-tiang sedia ada.
Berikutan itu, timbul persoalan dalam kalangan orang ramai berkenaan isu tersebut.
Diruangan komen Facebook pada kenyataan media Menteri Komunikasi yang dikeluarkan hari ini, salah seorang pengguna telah bertanyakan soalan tentang perkhidmatan TIME untuk kawasan perumahan teres.
Nampaknya perkara terbabit telah mendapat perhatian Y.B Gobind Singh Deo dimana beliau secara ringkas menjawab "We will review that as well sir."
Perkhidmatan TIME ketika ini hanya ditawarkan kawasan kediaman bangunan tinggi seperti kondominium dan apartment. Dengan pengenalan kelajuan internet yang dilihat lebih berbaloi dilanggan, sudah semestinya ia mengecewakan pengguna yang mendiami landed house.
Diharap kajian yang akan dilakukan dapat membuahkan hasil positif seterusnya memberi ruang kepada pengguna untuk memilih servis mana yang sesuai untuk mereka.
Sumber: Facebook Gobind Singh Deo
Berkaitan
- Program #EveryonCanSell Bantu Peniaga Menjual Secara Dalam Talian Di Lazada
- Xiaomi Perkenal Tetikus MIJIA Air Dengan Mod Dwi Sambungan
- 6 Ciri Terkandung Dalam Kemaskini iOS 11.3
- Google Berkongsi Imej Rekaan Pixel 4
- OPPO A83 Kini Diumumkan, Dilengkapi Pengimbas Wajah Dan Skrin 5.7 Inci
- Vivo NEX 3 5G Diperkenalkan Dengan Paparan "Waterfall Screen FullView"
- Mesin Basuh Keluaran Samsung Pula Dilaporkan Meletup
- Facebook Dikhabarkan Guna Nombor Telefon Untuk Sasarkan Iklan Kepada Pengguna
- Facebook Kemaskini Fungsi Album - Kini Anda Boleh Simpang Teks, Status dan Check-In
- Apple iMac 2017 Sudah Mula Ditawarkan Di Malaysia