TIME Tawar 500 Minit Panggilan Percuma Dan Diskaun RM10 Selama 24 Bulan Bagi Naik Taraf Jalur Lebar

Pengendali rangkaian jalur lebar tempatan, TIME, kini dilihat sedang menawarkan 500 minit panggilan percuma dan diskaun bulanan RM 10 selama 24 bulan bagi pengguna yang menaik taraf pelan.

TIME

Panggilan percuma tersebut membolehkan pelanggan TIME Fibre Home Broadband kekal berhubung bersama rakan-rakan dan keluarga. Penawaran bermula dari 1 sehingga 30 April ini dan hanya boleh digunakan bagi panggilan domestik sahaja.

Jika pelanggan membuat panggilan antarabangsa, akan dikenakan caj tertentu bagi panggilan tersebut.



Bagi perhubungan talian Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) serta Jabatan Kesihatan Negeri-negeri, TIME menyediakan panggilan percuma dan ia sedang berjalan sejak 18 Mac lalu sehingga 14 April 2020 kelak.

TIME

Selain itu, TIME juga menawarkan diskaun RM 10 selama 24 bulan kepada pelanggan yang menaik taraf jalur lebar mereka sama ada pelan 500Mbps atau 1Gbps. Ia sudahpun bermula sejak 25 Mac yang lalu dan akan tamat pada 14 April 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan penawaran dari TIME, boleh kunjungi laman sesawang mereka di pautan ini.

Sumber : TIME