TIME Fibre Home Broadband - RM0 Untuk Bulan Pertama, Kelajuan Sehingga 500mbps

Bermula dari 23 Mac 2018 yang lalu, TIME Internet telah menawarkan satu pakej langganan baru dikenali sebagai TIME Fibre Home Broadband.

Menariknya tentang pakej ini adalah pelanggan bakal menikmati langgan satu bulan tanpa dikenakan apa-apa bayaran dan promosi ini bakal berakhir pada 8 April 2018 akan datang.



Terdapat tiga pilihan pelan dalam pakej terbabit yang menyediakan kelajuan internet berbeza diikuti dengan bayaran bulanan seperti berikut.

  • 100mbps (RM149/bulan)

  • 300mbps (RM189/bulan)

  • 500mbps (RM299/bulan)


Kesemua pelan ini terikat dengan kontrak selama 24 bulan dan anda boleh layari alam maya tanpa had data. TIME turut menyediakan perkhidmatan talian suara Voice Home Lite (RM2.50/bulan, percuma 30 minit) atau Voice Home Max (RM10/bulan) percuma 300 minit) dan ia hadir dengan set telefon Dect bernilai RM 149.

Bagi yang berminat boleh cuba semak liputan TIME Internet disini.

Sumber: Malaysian Wireless