Timbalan Menteri Kewangan: "Paywave Tidak Boleh Dipalsukan"

Urusniaga kini lebih mudah dengan adanya teknologi berasaskan transaksi tanpa sentuh Paywave.

Anda tidak perlu lagi risau keluar berbelanja tanpa membawa wang tunai lagi kerana dengan hanya kad yang dilengkapi teknologi Paywave pembayaran semudah ABC.

Pada Persidangan Dewan Rakyat semalam, Datuk Dr Noraini, ahli parlimen Parit Sulong telah mengemukakan soalan berkenaan kebarangkalian kad Paywave diklon.

Menjawab pertanyaan itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz menyatakan bahawa kad Paywave yang mula dikeluarkan pada penghujung tahun lalu tidak boleh dipalsukan.

Hal ini kerana, kad tersebut dibangunkan dengan ciri keselamatan yang telah mendapat jamnian daripada industri perbankan antarabangsa.
"Pengguna juga telah dimaklumkan bahawa ciri-ciri keselamatan ini dicipta khas, jika berlakunya kes kehilangan kad, maka pengguna tidak perlu khuatir," kata beliau pada Sidang Dewan Rakyat semalam.

Buat pengetahuan semua, pemegang mempunyai pilihan untuk menetapkan jumlah transaksi, seperti contoh:

  • Transaksi maksimum sebanyak dua kali sehari

  • Nilai transaksi tidak melebihi RM500


Bagi kes kehilangan kad Paywave tersebut, pengguna hanya perlu memaklumkan kepada pihak bank yang mana mereka akan membatalkan kad itu serta-merta dan penggunaannya akan dijejaki.

Ok, lepas ni jangan risau untuk berbelanja menggunakan teknologi ini kerana ia benar-benar memudahkan kita.

Sumber: Astro Awani

Berkaitan