Tim Cook Menafikan Laporan Buruk Media Berkenaan Status Hubungan Beliau Dengan Jony Ive

Tim Cook menyatakan ia sebagai tidak masuk akal.


CEO Apple, Tim Cook telah respon terhadap laporan buruk pihak media yang mendakwa sebab utama Ketua Reka Bentuk Apple, Jony Ive meninggalkan Apple adalah kerana mahu menjauhkan diri daripada syarikat tersebut.

Membalas dakwaan tersebut, Tim Cook menyifatkannya sebagai dakwaan yang mengarut.

Jony Ive secara rasmi telah meninggalkan Apple pada minggu lalu bagi memfokuskan kepada syarikat beliaunya sendiri yang dikenali sebagai Lovefrom.



Walaubagaimanapun, keluarnya Jony Ive dari Apple telah menimbulkan pelbagai spekulasi. The Wall Street Journal dalam laporannya sebelum ini mendakwa Jony Ive telah menjauhkan dirinya dari Apple sejak Tim Cook menjadi CEO Apple.

Laporan itu juga mendakwa, Jony Ive kecewa dengan hala tuju Apple di bawah Tim Cook yang dilihat lebih tertumpu kepada operasi perniagaan berbanding proses reka bentuk produk.

Membalas terhadap laporan itu, Tim Cook mengutuskan e-mel kepada pihak NBC News dengan menyatakan,

"A lot of the reporting, and certainly the conclusions, just don't match with reality. At a base level, it shows a lack of understanding about how the design team works and how Apple works. It distorts relationships, decisions and events to the point that we just don't recognize the company it claims to describe."

Buat masa ini, Apple belum lagi menamakan individu yang akan menggantikan Jony Ive sebagai Ketua Reka Bentuk Apple yang baru.

Sebaliknya hanya memaklumkan Evans Hankey (Naib Presiden Reka Bentuk Industri) dan Alan Dye (Naib Presiden Reka Bentuk Antaramuka Manusia) akan melaporkan kepada Jeff Williams, Ketua Pegawai Operasi Apple.

Sumber: CNET