TikTok Mengharamkan Akaun Berkaitan Pengganas

Akaun berkaitan militan Daesh dan ISIS ditarik keluar dari Tik Tok.


Pembangun aplikasi media sosial popular, TikTok mengharamkan akaun yang memuat naik video-video berbentik propaganda berkaitan dengan kumpulan militan seperti Daesh dan ISIS, selepas platform itu dijadikan tempat utnuk mempromosikan aktiviti militan tersebut

Menurut seorang petugas di TikTok, setakat ini kira-kira 10 akaun Tik Tok telah disekat kerana memuat naik video berkenaan.

Walaubagaimanapun, dipercayai terdapat beribu akaun Tik Tok berkongsikan video-video berkaitan militan tersebut.

Wall Street Journal berkata, antara video yang dikongsikan adalah seperti video mayat yang diarak sepanjang jalan serta militan Daesh yang lengkap bersenjata.

Video-video seperti itu telah dipadam oleh pihak TikTok.

"Content promoting terrorist organizations has absolutely no place on TikTok. We permanently ban any such accounts and associated devices as soon as identified, and we continuously develop ever-stronger controls to proactively detect suspicious activity. This is an industry-wide challenge complicated by bad actors who actively seek to circumvent protective measures, but we have a team dedicated to aggressively protecting against malicious behavior on TikTok."

Sebelum ini pada April lalu, TikTok pernah diharamkan seketika oleh mahkamah India selepas didakwa mempromosikan pornografi dalam kalangan kanak-kanak.

Aplikasi itu turut diharamkan di Bangladesh dan didenda di Amerika Syarikat (AS) kerana mengumpul maklumat daripada kanak-kanak secara haram.

TikTok dimiliki firma China, ByteDance yang memiliki lebih daripada 500 juta pengguna aktif di seluruh dunia sekaligus menjadikannya sebagai salah satu platfom sosial paling popular di dunia.

Sumber: Engadget