WhatsApp masih kekal memegang takhta aplikasi sosial paling popular di dunia.
Berdasarkan kepada laporan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Sensor Tower, aplikasi sosial yang dibangunkan firma China, TikTok telah mengatasi aplikasi Facebook dengan merampas kedudukan kedua sebagai aplikasi bukan permainan paling banyak dipasang oleh pengguna ke dalam peranti pintar di seluruh dunia.
Menurut data Sensor Tower, setakat bulan Disember 2019 lalu, jumlah aplikasi TikTok yang telah dipasang oleh pengguna peranti iOS dan Android di seluruh dunia mencecah 83 juta.
Ia adalah peningkatan hampir sebanyak 11 juta muat turun berbanding bulan November 2019 lalu. Jumlah itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 14% dari tahun ke tahun sejak Disember 2018.
Sekaligus meletakknya di tangga kedua aplikasi paling banyak dipasang ke dalam peranti pintar setakat bulan Disember 2019.
Sensor Tower mendakwa, pengguna di negara India adalah yang paling ramai menggunakan aplikasi TikTok di mana ia mewakili 37% daripada 83 juta pengguna aplikasi itu di seluruh dunia.
Diikuti oleh negara Brazil di mana 10% pengguna peranti pintar di dalam negara itu telah memasang aplikasi tersebut ke dalam peranti mereka.
Manakala aplikasi Facebook, Messenger dan Instagram pula masing-masing berada di dalam kelompok 5 teratas.
Sementara itu, aplikasi sembang sosial WhatsApp pula masih kekal ditangga pertama sebagai aplikasi yang paling banyak dipasang ke dalam peranti pintar di dunia iaitu sekitar 112 juta.
Berkaitan
- 5 Ciri Baru WhatsApp Yang Dijangka Akan Tiba Tidak Lama Lagi
- Semak 6 Tetapan WhatsApp Yang Dapat Meningkatkan Keselamatan Data Dan Privasi Anda
- Bukan Algoritma Semata Tapi TikTok Ada Butang Rahsia Untuk Jadikan Sesiapa Sahaja 'Viral'
- Akhirnya WhatsApp Kini Menyokong Ciri Pembayaran Digital Untuk Pengguna Umum Dan Perniagaan Kecil
- Pakar Keselamatan Mengesyorkan Pengguna Agar Tidak Menggunakan Aplikasi Facebook Messenger Ketika Ini
- Anda Sudah Boleh Cuba Mengaktifkan Tema Gelap WhatsApp Web
- OnePlus Dikecam Kerana Tidak Benarkan Pengguna Buang Pra Pasang Aplikasi Facebook
- Facebook Catat Peningkatan Hasil, Pengguna Semakin Ramai
- Platfom Media Sosial Baru Ini Mahu Mencabar Facebook
- Antara Lelaki Dan Wanita Di Malaysia, Siapakah Yang Lebih Ramai "Bermain" Facebook?