Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ibu Bapa Kini Boleh Pantau TikTok Anak-Anak Dengan Ciri Baru Ini

Ibu Bapa Kini Boleh Pantau TikTok Anak-Anak Dengan Ciri Baru Ini

Diterbitkan November 20, 2020 · Dikemas kini November 20, 2020 oleh Amsyar Latif

TikTok merupakan satu aplikasi perkongsian video dari China yang sangat digemari pada masa kini terutama dalam kalangan remaja.

Senarai Aplikasi Yang Paling Banyak Di Muat Turun Sepanjang Ogos Lalu

Masalah sosial melibatkan golongan pengguna muda juga meningkat sejak kali pertama ia diperkenalkan dan TikTok mengambil isu ini dengan serius.

Oleh itu, TikTok mengumumkan ciri baharu dikenali sebagai Family Pairing bagi meningkatkan privasi aplikasi ini. Ia juga bertujuan supaya ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka dalam menggunakan platform ini.

TikTok family pairing

Dengan pilihan Family Pairing, ibu bapa dapat menghubungkan akaun TikTok mereka dengan anak-anak untuk mengubah kebolehcarian dan kawalan keselamatan secara langsung.

Ia sudah pun menawarkan ciri-ciri pengurusan waktu skrin, mod terhad dan kawalan mesej secara langsung. Ciri baharu kali ini adalah termasuk:

  • Carian: Kawal secara langsung kandungan yang anak anda boleh cari, akaun pengguna, tanda pagar atau bunyi dan audio
  • Komen: Tentukan siapa yang boleh melakukan komen video (semua orang, rakan, tidak boleh komen langsung)
  • Kebolehtemuan: Tentukan sama ada akaun anak anda dalam tetapan private atau umum
  • Video yang disukai: Tentukan siapa yang boleh tonton video yang disukai anak-anak

Sebelum ini, TikTok telah melancarkan cabaran #bettermebetterinternet dan #thinkb4youdo di Malaysia untuk tingkatkan kesedaran dan menangani cabaran utama dalam keselamatan dalam talian.

Ciri yang dibangunkan khas untuk ibu bapa ini diharapkan dapat melancarkan kesejahteraan digital dan pendidikan keselamatan dalam talian.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
  • UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta
  • Tesla Roadster Dilancar, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000
  • Proton e.MAS, TVETMARA Iktiraf Juruteknik EV Dan Penasihat Servis Terbaik
©2026 WISER.MY