TikTok Juga Melancarkan Program Ganjaran Pepijat

Platfom sosial popular, TikTok mengumumkan mereka kini melancarkan program ganjaran pepijat dengan kerjasama HackerOne.

"...we are announcing the expansion of our existing vulnerability disclosure policy to a global public bug bounty program through a partnership with HackerOne". TikTok

Menerusi program ganjaran itu, TikTok menawarkan hadiah wang tunai serendah USD50. Ganjaran tertinggi pula boleh mencecah sehingga USD14,800 bagi penemuan pepijat kritikal.

"Our rewards are based on severity per CVSS (the Common Vulnerability Scoring Standard)." HackerOne.

Program ganjaran pepijat dari TikTok ini mula dilancarkan dalam bulan Oktober ini. Sejak ia dilancarkan, sudah sebanyak USD42,520 telah dibayar kepada 43 pihak yang berjaya menemui pepijat di dalam servis TikTok.

Laporan penemuan pepijat yang diterima pula adalah sebanyak 212 setakat ini dengan 39 darinya sudah pun berjaya di selesaikan.

Jadi dengan adanya program ganjaran pepijat ini, TikTok akan dapat memperbaiki dan menambah baik keselamatan platfom mereka dengan lebih baik menerusi penglibatan penggodam beretika dari HackerOne.