Aplikasi itu didakwa mengandungi perisian intip yang dibangunkan oleh pihak China.
Seorang penduduk di Palo Alto, California bernama Misty Hong telah memfailkan saman terhadap firma pembangun aplikasi TikTok, ByteDance Inc.
Plaintif yang juga merupakan seorang pelajar menamakan ByteDance Inc, TikTok dan Musical.ly sebagai defendan dalam saman yang difailkannya.
Dalam saman itu menyatakan defendan telah melanggar undang-undang komputer persekutuan, Perlembagaan California hak untuk privasi dan undang-undang lain.
Plaintif mendakwa, dia telah memuat turun aplikasi TikTok pada bulan Mac atau April 2019, tapi tidak pernah mencipta akaun.
Namun begitu selepas sebulan kemudiannya, plaintif mendapati TikTok telah mencipta akaun bagi pihak dirinya. Dalam saman itu plaintif menjelaskan, dia ada menghasilkan beberapa video menggunakan aplikasi itu, tapi tidak pula pernah menyimpan atau menerbitkan video-video tersebut.
Tetapi plaintif mendapati TikTok secara rahsia telah mengambil video dan data peribadi miliknya tanpa pengetahuan atau kebenaran lalu menghantarnya ke pelayan di China.
Sebelum ini, TikTok dilaporkan sebagai aplikasi bukan permainan ketiga yang paling popular di dunia selepas WhatsApp dan Messenger tahun ini apabila aplikasi itu telah dimuat turun lebih daripada 1.5 bilion kali oleh pengguna di seluruh dunia.
Sumber: Cnet
Berkaitan
- MCMC Respon Terhadap Permohonan Turunkan Kandungan Di Meta Dan TikTok
- TikTok Akan Hadkan Masa 60 Minit Sahaja Kepada Pengguna Remaja
- UiTM Perkasakan Agenda Pendidikan Bersama TikTok
- Bukan Algoritma Semata Tapi TikTok Ada Butang Rahsia Untuk Jadikan Sesiapa Sahaja 'Viral'
- WHO Kini Mempunyai Akaun Aplikasi TikTok
- Apple Dan Google Digesa Tarik Keluar Aplikasi TikTok Dari Stor Mereka
- TikTok Juga Melancarkan Program Ganjaran Pepijat
- A.S Menangguhkan Sekatan Ke Atas Aplikasi TikTok
- Pengguna TikTok Mendedahkan Kata Laluan Yang Disimpan Di Aplikasi Pelayar Amat Mudah Digodam
- Dakwa Diguna Untuk Tujuan Maksiat Dan Pengganas, Somalia Haramkan TikTok Dan Telegram