Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tiktok live

TikTok Akan Mengehadkan ‘Live’ Kepada Penonton 18 Tahun Ke Atas

Diterbitkan Julai 6, 2022 oleh Nadiah Ab

Aplikasi terkenal, TikTok, dilaporkan mengehadkan ‘live’ kepada penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas, untuk mengelakkan kanak-kanak di bawah umur daripada menemui kandungan dewasa.

Menurut TechCrunch, tetapan baharu itu kini dalam fasa ujian terhad dengan pengguna terpilih.

Pengguna terpilih dalam tempoh ujian boleh mengaktifkan “mature themes” untuk mengehadkan penstriman langsung mereka kepada orang dewasa sahaja.

TikTok nanti akan menyatakan “hanya penonton berumur 18 tahun ke atas boleh melihat LIVE anda” jika mengaktifkannya.

TikTok Akan Mengehadkan ‘Live’ Kepada Penonton 18 Tahun Ke Atas
Sumber: TechCrunch

Sebaik sahaja pengguna mengaktifkan tetapan, TikTok akan memaklumkan bahawa video LIVE yang ditandakan 18+ masih akan dibuang jika pengguna melanggar garis panduan komuniti.

TikTok baru-baru ini berkata mereka sedang membangunkan sistem untuk mengenal pasti dan menyekat jenis kandungan tertentu daripada diakses oleh remaja.

Tetapan sekatan 18+ baharu untuk strim langsung, bagaimanapun, tidak bertujuan untuk mempromosikan kandungan dewasa pada platform dan ia masih akan dipantau dengan teliti.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY