Ikuti kami di media sosial

Berita

Tik Tok Adalah Aplikasi Paling Popular Dimuat Turun Dari App Store

ariff bukhari

Ditulis

pada

WhatsApp pula secara keseluruhan adalah aplikasi paling popular dimuat turun diseluruh dunia menerusi App Store dan Google Play Store.

Disebalik pengharaman aplikasi Tik Tok dari Google Play Store India serta denda sebanyak USD5.7 juta oleh pihak Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika (FTC), Tik Tok terus kekal menjadi aplikasi paling popular dimuat turun oleh pengguna peranti iOS bagi suku kelima berturut-turut.

20 Aplikasi paling popular yang dimuat turun oleh pengguna peranti iPhone dan iPad di seluruh dunia menurut Sensor Tower bagi suku pertama 2019.

Menurut laporan oleh Sensor Tower, untuk suku pertama tahun 2019, aplikasi Tik Tok telah dimuat turun dan dipasang ke dalam lebih daripada 33 juta peranti iOS.

Manakala pada peranti Android pula, ia telah dimuat turun dan dipasang pada lebih daripada 150 juta peranti.

20 Aplikasi paling popular yang dimuat turun oleh pengguna peranti Android di seluruh dunia menurut Sensor Tower bagi suku pertama 2019.

Ini bermakna, pengguna aplikasi Tik Tok di peranti Android adalah 5 kali jauh lebih ramai berbanding peranti iOS Apple.

Aplikasi WhatsApp pula kekal secara keseluruhan sebagai aplikasi paling popular dimuat turun oleh pengguna peranti pintar Android dan iOS di seluruh dunia dengan lebih daripada 200 juta pengguna telah memuat turun aplikasi tersebut ke dalam peranti mereka.

Carta menunjukkan kedudukan 20 aplikasi paling popular yang dimuat turun oleh pengguna peranti iOS dan Android secara keseluruhan menerusi App Store dan Google Play Store di seluruh dunia berdasarkan data dari Sensor Tower bagi suku pertama 2019.

Sumber: Sensor Tower

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular