Tiga Warna Cerun Oppo F9 Bakal Mencetus Perubahan Pada Trend Warna Telefon Pintar

Melalui model P20 Pro Edisi Twillight, Huawei telah menjadi pemangkin kepada trend baru bagi warna peranti telefon pintar dengan dua tona warna yang berbeza. Namun kini, tiba masanya untuk Oppo F9 pula menyerlah dengan variasi warna cerunnya yang amat menarik.

Walaupun masih belum diperkenalkan secara rasmi, imej sebenar peranti ini telah pun didedahkan oleh pihak Oppo melalui kiriman-kiriman di beberapa laman media sosial mereka. Oppo F9 ini akan hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Sunrise Red, Twillight Blue dan Starry Purple.

Kredit : Oppo Malaysia


Menggunakan cogan kata 'warna tidak mempunyai sempadan' atau 'color has no boundaries', Oppo menjadikan kelopak bunga sebagai inspirasi dalam menghasilkan rupa bentuk peranti ini. Jurugambar eksklusif Oppo Malaysia, Keda.Z Feng telah menonjolkan keindahan warna peranti dalam beberapa gambar yang dihasilkan.

Kredit : Oppo Malaysia


Beliau berpendapat, Oppo telah menggunakan rekaan warna yang tidak pernah dihasilkan oleh mana-mana pengeluar telefon pintar sebelum ini. Menurut Keda.Z, apa yang dilakukan oleh Oppo pada model F9 ini adalah sesuatu tindakan yang berani untuk membawa sesuatu kelainan.

Beliau juga cenderung untuk meluahkan pandangannya menerusi setiap foto yang diambil kerana percaya bahawa warna tidak mempunyai sebarang sempadan. Malah Keda.Z yakin bahawa keindahan warna cerun yang digunapakai pada peranti Oppo F9 ini nanti akan berjaya menambat hati pengguna terutamanya golongan muda.



Tambahan pula, Oppo F9 ini bukan hanya tertumpu kepada kecantikan reka bentuknya sahaja. Namun, ia turut akan muncul sebagai peranti pertama yang hadir dengan reka bentuk skrin tirai atau waterdrop screen design. Bagaimanapun, Oppo masih lagi berahsia daripada memberikan makluman lanjut berkenaan reka bentuk skrin ini.

Mungkin kita akan dapat mendengar dengan lebih lanjut berkaitan perkara tersebut menjelang majlis pelancaran Oppo F9 ini nanti. Untuk tidak terlepas dari mengetahui info terkini berkenaan peranti ini, anda boleh ikuti laman sesawang rasmi, Facebook dan Twitter rasmi Oppo Malaysia.

 

Sumber