Tiga Warna Baru Xiaomi Mi Note 2 | Merah Jambu, Hijau dan Ungu

Xiaomi yang sebelum ini memperkenalkan Mi TV4 dengan rekaan lebih nipis turut sama mempertontonkan Mi Note 2 pada acara CES yang lalu. Model Note 2 itu tampil dengan 3 variasi warna baru iaitu merah jambu, hijau dan juga ungu. Telefon pintar itu telah dilancarkan secara rasmi pada 25 Oktober 2016 dengan dua pilihan warna; Glacier Silver dan Piano Black. Ia juga merupakan telefon pintar pertama dari Xiaomi yang mempunyai skrin paparan melengkung.

Dalam acara CES 2017 yang berlangsung hujung minggu lepas, syarikat berpengkalan di China itu mempamerkan ketiga-tiga variasi warna kepada pengunjung yang hadir. Menurut laman GizmoChina model-model itu mungkin hanya akan dipasarkan di pasaran China sahaja. Masih belum ada tanda-tanda ia akan memasuki pasaran rantau yang lain.

Mi Note 2 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 821 yang diakui ramai tentang kepantasannya memproses data. Selain itu, terdapat dua pilihan RAM iaitu 4GB dan 6GB yang beroperasi menggunakan platform Android Marshmallow 6.0. Ia dijual di pasaran Malaysia sekitar ~RM2299 sehingga ~RM 2899.

xiaomi-mi-note-2-4 Kapsyen: Xiaomi Note 2 Warna Ungu Kredit GizmoChina


xiaomi-mi-note-2-8 Kapsyen: Xiaomi Note 2 Warna Merah Jambu Kredit GizmoChina


Sumber: GizmoChina