Tiga TV 4K Hisense Hadir Buat Pasaran Malaysia - Harga Bermula RM 3,999

Umum mengetahui, Hisense adalah syarikat ternama dalam mengeluarkan produk elektronik. Hari ini, Hisense Malaysia melancarkan tiga TV 4K buat pasaran Malaysia.

TV Android 4K




TV ini hadir dengan paparan 4K beresolusi 3840x2160 serta menyokong main balik 4K, kandungan penstriman 4K dan teknologi UHD upscaler.

Dilengkapi storan dalaman 16GB yang berasaskan Android TV 9.0, 3 kabel HDMI dan 2 port USB. Ia ditawarkan tiga saiz iaitu 50 inci, 55 inci dan 65 inci.

Selain itu, rekaan bezel-less serta hadir dengan Dolby Vision HDR: Ultra Vivid Picture yang akan memberikan pengalaman yang lebih menarik untuk kandungan hiburan.

Ia turut menyokong pelbagai format HDR termasuk HDR10 dan HLG. Tambahan, pengguna boleh memuat turun aplikasi dari Google Play Store ke dalam TV seperti Youtube, Netflix dan banyak lagi.

Bagi sistem audio, ia dilengkapi DTS Virtual-X bagi memberikan bunyi audio yang lebih baik. Harga yang diletakkan untuk TV ini adalah RM 3,999.

4K UHD Smart TV




TV ini mengandungi 4K upscaler bagi pengguna menikmati visual yang lebih halus dan terperinci. Dengan adanya smooth motion (MEMC), ia akan membuatkan paparan lebih cerah dan jelas.

Ia dimuatkan dengan 4 port HDMI serta 2 port USB. Selain itu, teknologi Depth Enhancer pada TV ini akan menganalisis setiap imej dan melaraskan tahap kontras dinamik secara automatik.

Tambahan lagi, pengguna boleh menggunakan aplikasi RemoteNOW dari Google Play dan App Store untuk mengawal TV dengan hanya pada peranti pintar. 4K UHD Smart TV ini dijual pada harga RM 7,999.

4K Smart Laser TV




Direka dengan Anti-Reflective 100" Optimized Big Screen, TV ini menawarkan kualiti gambar yang cantik dengan sebarang tetapan. Ia juga memberikan keselasaan pada mata walaupun menonton dalam jangka masa yang lama.

Ia hadir dengan 4 port HDMI dan 2 port USB. Dikuasakan dengan cip pemproses Kuad, sistem HDR dan teknologi MEMC serta dijalankan sistem operasi Hisense, VIDAA U versi 4.

Selain mod HDR, TV ini dipadankan dengan teknologi DLP Theater untuk menghasilkan enjin laser. Ia adalah untuk paparan yang lebih terperinci dan kecerahan seperti menonton di pawagam.

Tambahan lagi, pengalaman pawagam di rumah ini ditambah dengan sistem audio dari DOLBY ATMOS yang sememangnya memberikan pengguna menikmati TV ini dengan lebih sempurna. Ia dijual pada harga RM 29,999.