Tiga Peranti HTC Dijanjikan Terima Naik Taraf Kepada Android Pie Bermula Bulan Jun Depan

Ketika mana Android Q versi Beta dikhabarkan akan muncul untuk dirasai beberapa pengguna terpilih, masih ada lagi pemilik telefon pintar yang masih ternanti-nanti kedatangan Android Pie pada peranti mereka.

Antara peranti yang masih belum lagi dinaik taraf adalah HTC U11, U11+ dan U12+.

Untuk menghilangkan keresahan pengguna, HTC mengumumkan, mereka sedang berusaha untuk menyediakan naik taraf sistem operasi itu.We wanted to share the status on the Android 9 update. HTC is currently working on ensuring the update is compatible with our phones & we anticipate a release for U11, U11+ & U12+ customers starting Q2’19. Exact timing defers to operators’ availabilities in different countries.



Bakal dilepaskan kepada tiga model diatas bermula suku kedua tahun ini, tarikh penawaran dinyatakan akan berbeza mengikut negara. Untuk pemilik salah satu model diatas bolehlah bersabar untuk beberapa bulan ini dan diharapkan HTC akan melaksanakan apa yang diumumkan itu.