Tiga Pelancar iPhone Terbaik Untuk Pengalaman iOS Bagi Peranti Android Pada 2018

Beralih dari satu sistem ke sistem operasi yang lain biasanya bukan mudah bagi sesetengah daripada kita. Ia termasuklah peralihan daripada peranti Android kepada peranti yang menggunakan sistem iOS. Maka pada kiriman kali ini, kami akan senaraikan tiga pelancar terbaik bagi pengalaman iOS untuk peranti Android pada tahun ini.

1.Phone X Launcher

Sesuai dengan namanya, Phone X launcher ini akan memberikan anda antaramuka yang mirip dengan peranti terbaru Apple, iPhone X. Anda juga boleh mengubahsuai gaya kawalan dan palam pintas mengikut kesesuaian anda.

Bukan sahaja ia memberikan anda fungsi dan ciri seperti iOS 11, malah ia turut akan mempunyai rekaan takuk maya dengan saiz yang sama dengan peranti Apple berkenaan.

Anda boleh muat turun pelancar Phone X Launcher di sini.

2.One Launcher

Merupakan salah satu di antara pelancar iOS paling stabil untuk peranti Android anda. Pelancar ini disertakan dengan beberapa efek dan ikon aplikasi yang hampir sama seperti fon iPhone. Anda juga boleh menetapkan tema yang ingin digunakan.

One Launcher juga boleh menjalankan operasi dengan lancar tanpa sebarang masalah, sama seperti pelancar asal yang dipasang pada peranti Android milik anda.

Anda boleh muat turun pelancar One Launcher di sini.

3.xOS Launcher

Kelihatan hampir sama seperti Phone X Launcher, bezanya, pelancar xOS Launcher ini adalah lebih ringan. Segala operasi yang dijalankan menerusi pelancar ini dapat dilakukan tanpa sebarang masalah lagging. Anda juga boleh memuat-turun aplikasi bloatware tambahan untuk pelancar ini.

Tema yang boleh dimuat-turun secara percuma turut disediakan. Namun, berbanding dua pelancar di atas, pelancar ini mempunyai paparan iklan atau ads yang agak banyak. Oleh kerana ianya percuma, maka perkara ini telah diramal akan berlaku.

Anda boleh muat turun pelancar xOS Launcher di sini.

Dengan tiga pelancar ini, adalah diharapkan ia dapat membantu pengguna Android yang ingin berhijrah ke iOS bagi membiasakan diri dengan sistem operasi Apple tersebut. Semoga ianya bermanfaat untuk anda.

 

Sumber

 

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408