Bagi sesetengah pengguna, mereka mahukan kelainan pada Instagram Stories mereka untuk menarik perhatian followers terutamanya dari segi susun atur kandungan perkongsian. Bunyinya macam susah tapi sebenarnya amat mudah. Kini, terdapat beberapa aplikasi yang boleh anda cuba untuk membuat Instagram Stories anda lebih cantik, menarik dan tertarik. Semuanya di hujung jari anda *wink*
Unfold
Instagram Stories yang lebih kemas dan tersusun akan menarik minat pengikut Instagram anda untuk terus menonton Stories anda. Aplikasi Un ini sesuai bagi mereka yang mahukan susun atur yang simple dan elegan untuk berkongsi gambar dan video.
Anda juga boleh letakkan keterangan pada templat tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
InShot
Jika mahukan kelainan pada rakaman video anda, aplikasi InShot amat sesuai untuk anda mulakan misi kreatif anda. Aplikasi ini menyediakan filter dan effect yang terkini untuk anda cuba. Anda boleh masukkan lagu, suara latar, emoji dan tulisan ke dalam video anda. Anda juga boleh laraskan saiz video pada ciri canvas mengikut kesesuaian yang anda inginkan.
designlab
Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis templat mengikut tema. Apa yang menarik tentang aplikasi ini adalah anda boleh pilih templat yang disediakan dan edit kesemua bahagian pada templat tersebut dengan mudah. Designlab berbeza dengan Unfold kerana aplikasi ini menyediakan templat yang berwarna-warni dan rekaan yang lebih kreatif berbanding Unfold yang hanya sediakan templat untuk anda susun atur gambar dan video.
Untuk hasil yang lebih kreatif dan lain daripada yang lain, anda boleh menggunakan ketiga-tiga aplikasi ini untuk menghasilkan Instagram Stories yang lebih cun! Selamat mencuba ;D
Berkaitan
- Aplikasi Yang Dibawakan Lyrebird Ini Bakal Membawa Lebih Banyak Fitnah
- Huawei Nova 3i - Tak Perlu Belanja Besar Untuk Beli iPhone Bagi Dapatkan Kualiti Selfie Terbaik
- ASUS Zenfone Max Pro M1 - Raja Peranti Gaming Bajet
- Terangi Sisi Gelap Anda Dengan Huawei P30 Pro, Hidup Lebih Cerah
- [RASMI] OnePlus 5 - Reka Bentuk Iras iPhone 7, Bateri Dikecilkan, Dwi Kamera dan Pemproses Snapdragon 835
- 5 Permainan Video Terbaik Yang Boleh Dimainkan Untuk Peranti Bermemori 1GB RAM Kebawah
- Hugo Barra Sertai Facebook
- realme X50 Pro, Peranti Flagship 5G Dengan Snapdragon 865 Dan Pengecasan 65W
- Honor Malaysia Tawar Hadiah Percuma Bernilai RM 298 Dengan Setiap Pembelian Honor 10 Bermula Hari Ini
- HONOR 10 Lite - Telefon Kamera Swafoto 24MP Yang Membuktikan Peranti Bawah RM 800 Ini Bukan Biasa-Biasa