Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tidur Sebelum Jam 9 Malam Dan Tidur Lebih Dari 8 Jam Tingkat Risiko Hilang Daya Ingatan – Kajian

Posted on September 27, 2022September 27, 2022

Berdasarkan kepada laporan terbaru berkaitan kajian ke atas sindrom demensia yang diterbitkan dalam Jurnal Pertubuhan Geriatrik Amerika mendapati, tabiat tidur awal dan tidur terlalu lama boleh menyebabkan seseorang individu lebih mudah menghidapi sindrom demensia.

Menurut kajian itu, risiko demensia meningkat kepada 69% lebih tinggi bagi individu yang tidur lebih dari 8 jam, berbanding individu yang tidur antara 7 hingga 8 jam.

Malah menurut kajian itu lagi, risiko untuk individu menghidap demensia menjadi 2 kali ganda lebih tinggi bagi mereka yang tidur sebelum jam 9:00 malam, berbanding mereka yang tidur dari jam 10:00 malam atau kemudiannya.

Walaubagaimanapun, penemuan khusus berkenaan kajian ini terbukti hanya berlaku pada orang tua lelaki yang berumur dari 60 sehingga 74 tahun.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan, demensia adalah sindrom di mana berlaku kemerosotan dalam fungsi kognitif melebihi daripada kesan biasa akibat penuaan biologi.

WHO menyatakan, penyakit Alzheimer adalah bentuk demensia yang paling biasa yang menyumbang kepada 60 hingga 70% kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerangkan, demensia adalah sejenis penyakit otak yang progresif.

Sebahagian dari pesakit demensia kurang/tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.

WHO mendedahkan, demensia kini merupakan yang ke-7 sebagai punca kematian di seluruh dunia.

Antara tanda atau gejala sindrom demensia adalah hilang daya ingatan, sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu atau kerap mengulangi percakapan.

Sumber: WHO, MyHEALTH, Journal of the American Geriatrics Society, Medical News Today

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress