Cara Untuk Perbaharui Pasport Secara Online

Jika dahulu ada diantara kita yang terpaksa beratur panjang diawal pagi hanya untuk perbaharui pasport. Ada juga yang sanggup menunggu hampir 2 jam sebelum Pejabat Imigresen mula beroperasi. Penat bukan? Ini cara untuk perbaharui pasport secara online.

Sebagai salah satu cara penyelesaian masalah diatas, Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan laman myIMMS e-Services. Ia merupakan kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan pasport secara dalam talian.

Langkah-langkah permohonan pembaharuan pasport adalah seperti dibawah:

  • Lawati laman myIMMS e-Services

  • Isi maklumat-maklumat yang diperlukan seperti nombor pasport, nombor kad pengenalan, dan cawangan pejabat pungutan yang berhampiran dengan anda.




  • Pastikan anda mempunyai gambar untuk dimuat naik dan ia mestilah mengikut ukuran yang ditetapkan. Gambar polaroid adalah dilarang sama sekali.

  • Selain itu, gambar itu juga haruslah mempunyai latarbelakang berwarna putih, berpakaian gelap menutup bahu dan dada.

  • Selesai memuat naik gambar, bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:

    • Permohonan biasa 13-59 tahun: RM200

    • Warga Emas 60 tahun keatas: RM100




Jika anda berjaya menyelesaikan setiap proses diatas sebelum jam 3 petang, anda boleh mengutipnya di pejabat pungutan pada hari yang sama.

Sementara itu, jika permohonan dibuat selepas jam 3 petang, pungutan dibuat selepas jam 10 pagi hari bekerja yang berikutnya.

Hanya pemohon atau penjaga (bagi pembaharuan bawah 18 tahun) sahaja yang layak mengutip pasport dipejabat serahan. Tidak boleh gunakan wakil.

Apa yang perlu dibawa ketika mengambil pasport baru?

  • Pasport lama

  • Kad pengenalan

  • Resit bukti pembayaran


Sekarang anda tidak perlu lagi bersusah payah beratur menunggu nombor giliran kerana langkah diatas boleh dilaksanakan menggunakan hujung jari saja.

Baca lagi: https://wiser.my/cara-untuk-menyunting-background-gambar-pasport/

Kredit foto utama: iMoney