Tidak Sabar Tunggu Resident Evil 2 Remake? Sediakan Memori 21GB Untuk Simpan Permainan Itu

Pertama kali meluncur untuk dimainkan pada 1998, Capcom kini sudah dalam fasa bersiap sedia untuk melancarkan versi remake Resident Evil 2 pada  Januari tahun hadapan.

Bagi yang tertanya-tanya berapakah kapasiti saiz permainan video terbaru ini, Resident Evil 2 (2019) memerlukan ruang sekitar 21.07GB untuk disimpan didalam konsol Xbox One. Bagi PlayStation 4 pula, saiznya berkemungkinan lebih kurang sama.

Informasi saiz ini dilihat tertera pada halaman pra-tempah pada Microsoft Store untuk Amerika Syarikat.

Ura-ura juga ada menyatakan yang mana versi ini akan lebih menarik dengan jalan cerita yang dikembangkan dari versi awal.

https://www.youtube.com/watch?v=T78HIXVAkTo&has_verified=1

Sumber: Microsoft Store