Tidak Perlu Lagi Ke Cawangan HongLeong Bank Untuk Buka Akaun

Sesetengah perkhidmatan bank yang ditawarkan ketika ini masih lagi memerlukan pelanggan hadir secara fizikal ke cawangan-cawangan terdekat. Namun begitu, kita berada di dalam fasa yang perlu berjaga-jaga kerana wabak Covid-19 masih lagi menular.

Kini sebagai langkah untuk memudahkan orang ramai dalam membuka akaun, HongLeong Bank tampil memperkenalkan sistem "on-boarding" digital. Ini sekaligus menjadikan HongLeong Bank sebagai bank pertama di Malaysia yang menawarkan sistem sedemikian.



Sudahpun bermula hari ini, pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi Apply@HLB untuk membuka akau di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Bagi penghantaran kad debit, ia akan dihantar terus kepada pelanggan dimana sahaja mereka berada.

Melalui aplikasi Apply@HLB, bakal pelanggan boleh membuka akaun dengan tiga langkah iaitu mengesahkan identiti dengan kad pengenalan dan swafoto, isikan maklumat peribadi serta cipta nama pengguna serta kata laluan (HLB Connect) bagi akses perbankan dalam talian setelah akaun dibuka.

Sementara menunggu kad debit tiba, pelanggan boleh mengeluarkan wang simpanan melalui Connect ATM, ciri pengeluaran wang tanpa kad fizikal.