Kini sebagai langkah untuk memudahkan orang ramai dalam membuka akaun, HongLeong Bank tampil memperkenalkan sistem "on-boarding" digital. Ini sekaligus menjadikan HongLeong Bank sebagai bank pertama di Malaysia yang menawarkan sistem sedemikian.
Sudahpun bermula hari ini, pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi Apply@HLB untuk membuka akau di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Bagi penghantaran kad debit, ia akan dihantar terus kepada pelanggan dimana sahaja mereka berada.
Melalui aplikasi Apply@HLB, bakal pelanggan boleh membuka akaun dengan tiga langkah iaitu mengesahkan identiti dengan kad pengenalan dan swafoto, isikan maklumat peribadi serta cipta nama pengguna serta kata laluan (HLB Connect) bagi akses perbankan dalam talian setelah akaun dibuka.
Sementara menunggu kad debit tiba, pelanggan boleh mengeluarkan wang simpanan melalui Connect ATM, ciri pengeluaran wang tanpa kad fizikal.
Berkaitan
- Android 11 Developer Preview - Apa Yang Baru?
- Kakitangan Google Semakin Hilang Keyakinan Dengan CEO Sundar Pichai
- Bajet 2022: Setiap Pelajar IPT B40 Bakal Dapat Tablet
- Perak Rancang Wujudkan Arena E-Sukan
- Windows 365 Diperkenalkan, Sebuah Servis PC Awan
- TM Kongsikan Gambar Proses Baik Pulih Kabel Yang Terpotong Akibat Kerja Pembinaan MRT Dan WSE
- Audi Perkenal Teknologi Baharu Membolehkan Kereta Berkomunikasi dengan Lampu Isyarat
- Mahu Hasilkan Vlog Menarik Untuk YouTube? OPPO Reno2 Boleh Bantu Anda
- Cara Untuk Perbaharui Pasport Secara Online
- Hotlink Tawar Pakej Pasca Bayar Serendah RM30 Sebulan