Tidak Pasti Judul Sesebuah Lagu? Aplikasi Shazam Boleh Bantu

Kita pastinya pernah mengalami situasi dimana terdengar sesuatu lagu yang menarik tetapi tidak pasti dengan judul lagu tersebut. Perkara tersebut mampu diselesaikan Shazam, satu aplikasi yang boleh membantu untuk mengenal pasti mana-mana muzik yang sedang bermain di sekeliling anda.

Misalnya, ketika mendengar lagu di tempat umum, anda tahu tentang sesuatu lagu, namun tidak pasti siapa penyanyi atau judul lagunya. Jadi, dengan bantuan daripada aplikasi Shazam, anda akan dapat tahu semua informasi mengenai lagu tersebut dengan mudah.

Walaupun aplikasi ini telah lama diperkenalkan, Shazam masih menjadi salah satu aplikasi pencarian muzik kegemaran ramai. Menjalankan fungsinya dengan baik dan pantas dalam membuat pengecaman lagu.

Aplikasi ini sesuai buat semua pengguna yang suka mendengar muzik dan ingin mencari tahu tentang sesebuah lagu. Shazam tersedia untuk dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Shazam untuk iOS & Android



Bagi pengguna telefon pintar, anda boleh menggunakan Shazam dengan cara mencari, dengar dan berkongsikan muzik kegemaran anda dengan orang ramai.

Anda juga boleh mengikuti perkembangan artis kegemaran dengan melihat Shazam mereka. Dalam masa yang sama, boleh lihat dan hafal bermacam lirik lagu.

Shazam Lite untuk Android



Anda kini boleh mengenal pasti semua muzik yang anda mahu apabila memuat turun aplikasi. Anda juga boleh menggunakan muzik Shazam semasa di luar talian, menyimpan hasil pencarian terbaru dan hasil perkongsian dengan rakan anda tanpa mengira liputan rangkaian.

Shazam untuk Android and Apple Watch



Sekarang anda boleh menggunakan Shazam pada bila-bila masa. Hanya klik untuk melihat lagu yang sedang dimainkan dan lirik terus dari pergelangan tangan. Muat turun Shazam dan sambungkan dengan jam anda.

Shazam untuk macOS



Membuat pencarian lagu, beli dan kongsikan muzik kegemaran hanya melalui komputer anda. Anda juga boleh membuat satu playlist  untuk memudahkan anda mendengar lagu.

Pelajari pelbagai lagi cara menarik mengenai aplikasi ini di shazam.com.

Berkaitan