Tidak Lama Lagi Anda Boleh Beli Rumah Dari Lazada

Lazada menawarkan pelbagai jenis barangan yang sedia dibeli pengguna secara dalam talian.

Jika setahun yang lalu mereka mengadakan jualan kereta, kini platform beli-belah itu dikhabarkan akan mengembangkan lagi penawaran yang melibatkan jual beli rumah pula.



Menurut laporan Lowyat.net, Lazada telah bekerjasama dengan pemaju hartanah, Mah Sing dalam menjayakan penawaran ini.

Laporan turut menyatakan anda boleh melayari gedung dalam talian Mah Sing di Lazada pada 12 Disember ini. Ketika ini, gedung dalam talian itu hanya memaparkan tarikh 28 November yang mana informasi lengkap akan dikongsikan kepada umum.

Sumber: Lowyat.net